About

Wednesday, November 19, 2014

Jumpa Kawan Lama

Salam, cerita jumpa kawan lagii. Saya share sini pasal tak mau detik itu hilang gitu jek. Kali ni jumpa kawan sekolah dulu, ex SDDSian (Sek. Dato' Dol Said). Kawan saya yang ni last saya jumpa masa skolah la. Lepas SPM memasing bawak haluan sendiri. Ni gamba kitorang masa form 4 tahun 1991. Kawan saya, Emmy Fadzillah, pengawas yang duk tengah dalam gamba bawah nih. Saya? Sebelah Emmy, bukan pengawas hihi. Lain kannn?? Zaman remaja saya yang comot dan sangat low profile. Tapi bile sembang-sembang kat grup kebanyakkannya kenal saya, tak sangka dalam diam-diam, comot-comot pon dikenali gak. Terharu!

Mahap gamba kelam...gamba lama kate hihi

Sejak grup ex-SDDSian class of 92 ditubuhkan, ramai la jumpa balik kawan-kawan skolah. Tapi cuma sembang-sembang kat tepon je la. Jumpanya hanya sempat sorang dua. Tu pon sebab derang lalu-lalu area opis saya nih. Kalau official jumpa blum lagi. Emmy ni ada bukak gerai kat RNR Pagoh menghala selatan. Punya la selama ni singgah tiap kali balik kampung, tak penah pulak terjumpa. Bile dah tahu baru le beria mencaik dia. Last wiken ada kenduri kawen kazen asben saya kat Kluang, memula asben saya kata takkan lalu Pagoh, masuk Tangkak sebab nak ke Labis dulu amik mak mertua. Tapi sudahnya dia lalu gak Pagoh pasal mak dia pesan tunggu kat umah. Sebelum ini ingat nak jemput dia kat klinik dialisis aje. 

Emmy...mimi ^_^

Alhamdulillah!! Kire rezeki saya la nak jumpa emmy. Laju-laju watsap kata saya nak singgah. Emmy pulak ingat saya tak jadi singgah buat lengah le ke kedai. Saya kena tunggu dia kejap, dekat je umah dia ngan kedai tu. Seronok tak terkata!!! 22 tahun bayangkan tak berjumpa. Nampak tak jauh beza pon wajah dia cuma saiz le tak tak cute macam dulu, alah saya pon sama hihihi...
Asben saya pon macam kasik can la kitorang sembang...makan minum free la kann, kedai member kata hihi. Terima kasih le pada admin yang menubuhkan grup nih dan menyatukan kami kembali. Insyaallah, kami tengah plan reunion besar-besaran...seronok sangat!!! Speechlesss!

Penuh bangku..hadif je tak de :P

2 comments:

  1. Tentu seronok jumpa kawan lama..bnyk benda nak di sembangkan. Tapi kekadang rasa terkelu lidah nk mulakan bicara..rasa mcm org lain pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol kak..memacam cerita! saya ni ntah le pantang jumpa start enjin pot pet pot pet..takde kot istilah kelu tu ekekeke

      Delete