Pernah tak anda mengalami mata kanan atau kiri berkelip secara tiba-tiba. Kata orang tua-tua andai kerlipnya di sebelah atas kanan maknanya kita akan bertemu dengan seseorang. Andai belah kiri akan berlaku sesuatu yang sedih yang akan menyebabkan kita menangis. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri kurang pasti. Atas pengalaman saya sendiri, tak kira lah kerlipan tu di sebelah kanan atau kiri tapi asal berkelip je selang beberapa hari saya akan menangis. Tapi pada saya itu semua adalah kebetulan. Setiap kali ia berkerlip saya cuba untuk tidak memikirkan yang ia merupakan tanda kepada sesuatu namun sehingga kini saya masih tidak boleh lari dari memikirkan sesuatu.
December 31, 2008
December 29, 2008
December 28, 2008
Akhirnya....
Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan abah bertambah baik, berkat doa anak-anak dan saudara mara. Di samping meneruskan kaedah perubatan moden kami juga masih tidak putus-putus berikhtiar perubatan tradisional. Sejak bertemu dengan seorang sahabat pak cik pada jumaat lepas alhamdulillah abah tidak lagi diserang sesak. Jika benarlah seperti apa yang diramalkan harap-harap kali ini abah benar-benar sembuh dari 'diganggu'. Biarlah Allah saja membalas atas segala perbuatan mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki sesama manusia.
December 24, 2008
Masih binggung
Alhamdulillah setelah seminggu berada di hospital, abah dibenarkan pulang petang semalam. Lega sikit hati saya. Belum sempat lama lega saya, mak hubungi saya ditengah malam semalam memberitahu abah alami sesak kembali. Menurut mak pada petang sebelum abah dibenarkan pulang, keadaan dia dah pulih sepenuhnya. Jadi, apakah punca sebenar penyakit abah ni? Terasa macam ada kuasa magic pulak. Tak sempat abah sampai ke rumah, abah diserang kembali. Binggung saya di buatnya dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu mempercayai yang abah di aniaya orang. Di dalam kebinggungan saya masih tercari-cari....semoga Allah menemukan jawabannya.
December 22, 2008
Dari CCU ke ICU
Sejak malam itu saya fobia setiap kali mendengar deringan telefon, tak sempat melihat pemanggilnya, hati saya sudah berdebar-debar. Risau mendapat khabar yang kurang menyenangkan. Petang rabu mak memberitahu abah telah dipindah ke Unit kawalan rapi (ICU). Tapi mak memberitahu keadaan abah dah tidak seteruk semalam cuma tujuan doktor letakkan dia di ICU adalah untuk memberi lebih pengawasan. Mak seperti biasa minta saya banyak-banyak berdoa kalau perlu mak akan memanggil saya pulang. Saya lega sedikit dan bekerja seperti biasa tetapi tumpuan terhadap kerja tidak sepenuhnya. Kalau boleh saya ingin sentiasa berada di sisi abah tapi saya masih ada tanggungjawap terhadap kerja, suami dan anak-anak disini. Saya hanya mampu memohon Allah berikan kekuatan kepada saya untuk menjalani kehidupan harian. Amin
December 20, 2008
Detik Cemas
Agak terlewat saya meng'update' blog ini. Minggu ini merupakan minggu paling tak keruan bagi saya. Pagi selasa lalu saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saya yang memberitahu abah telah dimasukkan ke hospital. Setelah diperiksa doktor mendapati ada kuman di paru-paru. Masih sama dengan kes dahulu. Cuma kali ini agak kritikal sebab abah juga diserang sesak nafas. Lama saya merenung monitor komputer dipejabat, saya tak boleh terus disini. Jam 12.30 tengah hari, saya menghantar sms pada bos mintak emergency half day, belum sempat terima jawapan, saya menghubungi hubby memberitahu hajat saya. Kebetulan hubby memang bercuti hari ini nak bawak hadif terapi. Dia ok je..die suruh saya menunggu di rumah sementara menunggu terapi hadif siap. Lima minit kemudian bos membalas sms saya. Lega, die izinkan. Saya pon terus mengambil anak-anak dari nursery dan terus bersiap. Dalam pada menunggu tu mak telefon lagi, doctor dah mengesahkan keadaan abah makin kritikal, mak dah menangis. Saya makin tak keruan, masa menunggu jadi bertambah lambat bagi saya. Akhirnya jam 4 petang baru la kami bertolak ke Melaka. Kami sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai di hospital, saya lihat dah ramai sedara mara yang datang, saya hampiri semua salam dan berpeluk. Tika itu air mata tidak terbendung lagi. Sementara ini abah di tempatkan di CCU, mak mula bercerita macam mana keadaan abah. Waktu zohor tadi abah teruk sesaknya, doktor mengelilingi abah membantu apa yang patut. Bila dah ok doktor jumpa mak dan memberitahu andai abah tiba-tiba sesak balik, mereka akan tebuk leher abah untuk masukkan oksigen dan kemungkinan abah akan koma seminggu. Aduh, tersentap hati saya mendengarnya. Perlukah begitu?Kami tau akan bahayanya kalau oksigen kurang dalam badan tapi untuk membiarkan abah ditebuk begitu tak sanggup rasanya saya. Dalam pada itu kami berdoa agar abah tak perlu ditebuk-tebuk begitu. Ketika itu abah dibantu bernafas menggunakan mesin. Kesian saya melihat abah ketika itu. Tepat jam 6.50 petang abah tiba-tiba tercungap-cungap, kami panik. Abah tak izinkan kami panggil doktor, mak dah menangis. Pak long membantu membacakan ayat-ayat quran sambil mengurut-urut dada abah. Dalam 5 minit lepas tu abah kembali ok. Sampai la jam 8.30 malam, abah nampak ok. Mak menyuruh saya balik dulu, jangan risau apa-apa sebab mak tengok abah dah ok sikit. Saya jadi serba salah nak balik, hubby pandang saya, saya tau dia nak ajak saya beredar. Lagipun dah beberapa kali kami dihalau oleh pak guard. Akhirnya saya mengambil keputusan pulang, dengan deraian air mata saya memberitahu mak saya tak boleh tunggu lama atau bercuti sebab hubby ada meeting penting yang perlu dihadiri esok. Mak paham keadaan saya dan mohon saya mendoakan abah. Insyaallah mak memang itu la yang saya pohon setiap kali sembahyang. Oleh kerana hubby keletihan saya mengambil alih tempat dia memandu. Jam 11.30 malam saya dah berada di rumah saya semula. Malam itu saya tak lena tidur, masih memikirkan akan kesihatan abah dan apakah sebenarnya penyakit abah????
December 14, 2008
Jalan-jalan hujung minggu
Kesian anak-anak saya, tak dapat nak bercuti ke mana-mana cuti sekolah ni. Sorry kid, mama kerja la..cuti pon dah habis. Cuti tahunan ade 14 hari je mana la nak cukup untuk setahun kan....
Kebetulan jumaat lepas pak long dierang datang. Sebenarnya mereka nak balik taiping dari johor, singgah bermalam kat umah kitaorang dahulu. Nak jadik kan cerita anak buah kami tu teringin nak ke KLCC ngan putrajaya. So keesokan hari nye kami buatlah rombongan cik kiah ke KLCC. Orang punya la ramai, hujan pulak tu. Kesian die hajat nak masuk petrosains tapi tak dapat sebab tiket tuk ari tu dah habis. So jalan-jalan gitu je la. Mujur hujan dah teduh petang tu dapat la kami mengambil angin kat taman. Lepas penat ronda-ronda KLCC kami teruskan rombongan ke dataran putrajaya nak mengambil angin segar. Emmm haaa nyaman rasenya, orang pon tak la ramai macam kat KLCC tu. Dah puas posing kami pon balik. Malam tu nyenyak la faiz tido sebab hajatnya tercapai. Aksi-aksi rombongan yang sempat dirakam.
December 12, 2008
Nak Percaya ke tak?
Abah sakit lagi, adus risau sungguh dibuatnya. Kalau mula-mula dulu doktor sahkan abah ade infection kat paru-paru pastu kurang oksigen pastu tak de pape. Ikut kiraan dah lebih 5 kali abah ditahan kat hospital tu dan tiap-tiap kali tu berbeza-beza sakitnya. Binggung gak dibuatnya, apa yang lebih menghairankan tiap kali dirawat dan ditahan kat wad abah sihat sesihat-sihatnya. Tak perlu langsung bantuan oksigen dan boleh berjalan hingga hampir 2km. Tapi bila balik je rumah datang balik sesak nya, camne lak tu? Heran sungguh saya, mak pon dah putus akal tak tahu nak buat apa lagi. Maka dengan itu mula la episod kami mencuba perubatan tradisional, hah akhirnya jawapan yang kami cari selama ni, abah kena buatan orang. Pulak? Kadang rasa percaya kadang tidak, di usia abah yang kian lanjut sape pulak nak ngenakan die, memang abah bole dikatakan orang kuat jugak la kat kawasan rumah kami tu, dari AJK surau sampai la ke rukun tetangga. Dan dari ramalan-ramalan ustaz tempat abah berubat tu, dia kata ade orang dengki. Astagfirullah masih ade ke orang yang sanggup menganiaya orang di zaman ini. Lama jugak saya memikirkan hal ni, mungkin satu kebetulan sebab abah bukan sentiasa diserang sesak, die jadi kritikal tiap kali mengambil wuduk dan nak bersolat. Heran kan....Binggung saya, antara percaya dan tidak saya masih mengharap agar abah sihat kembali, sekiranya betul la abah dianiaya orang aku mohon agar Allah saja yang membalas perbuatan nya. Aminnn
December 10, 2008
Korban
Raya aji tahun ni kat umah mentua, ikut turn gak...cewah baru la adil dan saksama kan..pak mertua tumbangkan sekor, hadif pon masuk list. Syok la hadif dah ade binatang tunggangan, mama gak yg tak de lagi..tumpang leh tak??
Hadif dan alya tak lepaskan peluang tengok atuk sembelih lembu, hujan pon tak kisah
Mana tak hujan mak cik tak mandi lagi rupanya
Okey..nak sembelih dah, tumbangkan lembu dulu
Jangan kasik lembu meronta dan bangun balik ye, pak andak jadik pemberat..berat ke?
Dah selamat disembelih, duk tepi dulu ye, sat lg melapah lak
Mana tak hujan mak cik tak mandi lagi rupanya
Okey..nak sembelih dah, tumbangkan lembu dulu
Jangan kasik lembu meronta dan bangun balik ye, pak andak jadik pemberat..berat ke?
Dah selamat disembelih, duk tepi dulu ye, sat lg melapah lak
December 5, 2008
November 26, 2008
November 19, 2008
New Baby
New baby in the family, Fazrul Haziq Iman my cousin son. Kenduri aqiqah iman pada 2hb yang lepas. Sekali dengan anniversary ummi dan ayahnye yang pertama. Tak sempat nak snap aksi-aksi iman sebab mak long busy tolong masak di dapur sambil melayan kerenah anak-anak sendiri lagi. Sudahnya dah abih berzanji baru ler mak long sempat mandi dan bersiap. Sempat jugak posing ngan iman dan umminye. Moga iman jadi anak yang soleh ye. Ade lagi new baby, my niece, Auni Marissa tapi tak sempat snap gamba lagi. Tunggu raya haji ye mak long amik gamba auni.
Kenapa gambo cam orang tengah preggy lak nih?Kek tu mak long tak dapat rase pon iman...October 31, 2008
October 29, 2008
Vivah
Secara tak sengaja malam isnin lalu saya menonton cerita hindustan, memang dahulunya menjadi kegemaran saya. Cerita yang simple tapi menarik. Dua insan ditemukan oleh 'match maker' telah membibitkan rasa cinta. Apa yang buat saya terharu walaupun saya tahu ia sekadar cerita ialah keikhlasan seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan kekasihnya walau pun kekasihnya itu telah mengalami kebakaran yang mengerikan. Sehari sebelum perkahwinan kekasihnya terlibat dalam kebakaran dan kesan dari kebakaran itu telah mencacatkan kecantikan anggota badannya. Saya terfikir adakah lelaki begitu di dunia ini. Saya tahu ada tapi berapa ramai? Walaupun cerita hindustan terkenal dengan kedogenggannya namun cerita ini benar-benar menyentuh hati saya.
Plot
Poonam (Amrita Rao) is an upper middle class girl who lives in the small town of Madhupur. After the demise of her parents, when she was very young, her Chacha (Alok Nath) fulfilled the void of a father in her life. But her Chachi (Seema Biswas) was unable to accept Poonam as her own child as ...
Read the full story
Movie Details
Genre: Family / Drama
Language: Hindi
Running Time : 2 hrs. 39 mins.
Release Status and date: Released on Nov 10, 2006
Website: http://rajshriproductions.com/vivah/index.htm
Plot
Poonam (Amrita Rao) is an upper middle class girl who lives in the small town of Madhupur. After the demise of her parents, when she was very young, her Chacha (Alok Nath) fulfilled the void of a father in her life. But her Chachi (Seema Biswas) was unable to accept Poonam as her own child as ...
Read the full story
Movie Details
Genre: Family / Drama
Language: Hindi
Running Time : 2 hrs. 39 mins.
Release Status and date: Released on Nov 10, 2006
Website: http://rajshriproductions.com/vivah/index.htm
October 25, 2008
9 end 2 out
Jom jom layan cite korea lagi. Dah berjaya tengok separuh cerita dah, sedang berusaha menamatkan je. Bole tahan gak cite ni, kelakar. Adui la tak sabar nak habiskan tapi masa begitu mencemburui saya. Pulak tu broad band slow sangat lagi la tergendala.
Nak review sikit pasal cerita ni, kisah sahabat baik yang usia dah menjangkau 30-an namun masih mencari-cari pasangan hidup. Dalam tidak mereka sedari rupanya masing-masing selama ini menaruh hati sesama sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Kisah cinta mereka dikaitkan dengan permainan baseball. Bertambah kelakar apabila mereka menjadi teman serumah. Agak pelik la kan lelaki housematenye perempuan tapi dah cite korea kan lantak la. Meh la tengok..saje tak nak review lebih-lebih nak promote kat korang.
October 24, 2008
Memori raya 2004
Tahun ni la kesemua makcik-mak cik beraya di umah atuk, apalagi gamat dibuatnya. Paling best dapat bergambar beramai-ramai. Sampai bergoyang rase umah atuk. Hehehe tapi ynag pasti jelas terpancar kegembiraan di hati atuk dan nenek. Ni la kuarge belah emak saya. Tapi dalam pada itu adik saya sendiri tak de. Tak pe la peristiwa yang lepas jangan dikenangkan. Tengok la ni. Paling sedih gambar saya tak de. Saya jadik kameraman. Time tu memang banyak sangat kamera, tak pasti gambar yang ada saya kat kamera siapa. Sadis ;(
Petang raya ke-2 disusuli pula dengan acara sukaneka. Meriah dan seronok skali. Saya pon join jugak, tapi dalam berjaga-jaga maklum la masa tu sedang mengandung kecil. Yang ni pulak gambar sukaneka dan BBQ belah malamnye.
October 22, 2008
Gambar raya
Cuti raya tahun ni tak lama, raya ke-7 dah start keja balik. Ikutkan lama jugak tapi kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Beraya sakan time tu. Ni je la gambo yang sempat diamik raya ari tuh. Meh la jamu mata tp gambar agak gelap bateri nak abih kekdahnya. Kamera sendiri unfortunately rosak, tak boleh charge. Pinjam cousin punya, pulak tu bateri kong, terima je la seadanye. Lagi satu tak de la posing sakan, sempat amik lepas bersalam-salaman je. Jadi la kan asal ada.
September 25, 2008
September 2, 2008
Ramadhan Al Mubarak
Alhamdulillah ramdahan kembali lagi. Semoga tahun ni memdapat lebih barakah. Rasenya beluum terlewat tuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan buat anda semua. Perbanyakkan ibadah insyaallah ada ganjarannya.
August 22, 2008
Penang
Sudah lama saya meninggalkan dunia blog saya. Kesibukan saya makin berlipat kali ganda semenjak dua menjak ni. Hujung minggu lepas saya ke penang memeriahkan konvokesyen adik ipar. Alhamdulillah dah tamat dah pengajian die. Cume menunggu masa untuk posting je. Adik ipar merupakan bakal cikgi dibidang sains. Hajat dihati selepas upacara konvokesyen tamat nak jugak meronda-ronda sekitar penang tapi tak sempat sebab adik kena sesi petang jadik masa agak terhad. Kami kena balik semula ke taiping rumah abang ipar sebab tak menyewa penempatan di penang. Tak pe la berjalan-jalan di tapak konvo tu pon dah memadai. Kebetulan konvokesyen dia kena dengan cuti sekolah maka dapatlah anak-anak peluang berjalan tapi cume cuti hujung minggu je la. Tiada cuti tambahan sebab papa mereka agak sibuk kebelakangan ini. Walaupun hanya sempat bercuti 2 ari dirumah abang ipar di taiping tapi jelas kelihatan mereka gembira.
August 7, 2008
Lunch date
Fuh..akhirnya tercapai gak hajat nak kluar lunch ngan teacher kat nursery anak aku. Dah agak lama kami buat janji tapi sebab aku terlalu sibuk sangat tu yang bertangguh je. Kebetulan assistant aku dah ade, apa lagi amik kesempatan ler. Teringat aku mase memula teacher bagitau niat nak ajak kluar lunch automatik jek aku leh fikir yang bukan-bukan. Aku ni memang seorang yang cepat think negetive dulu. Apa yang terbayang kat kepala masa tu hanyalah pasal hadif. Matilah aku kalau nanti teacher bagitau tak mo dah hadif duk sane. Apa pilihan yang aku ada nanti. Sape pulak nak jaga die lepas skolah. Buntu aku. Tah kenapa cepat jek aku terasa mesti ade something wrong somewhere(ala-ala mak cik mary cite sindarela lak huhu). Kebetulan 2-3 ari sebelum tu die ada gak cite-cite pasal hadif yang termelepas dalam sluar, pastu ade lak kes hadif ngamuk tibe-tibe pastu tolak-tolak anak orang lain. Aku dah pon mintak maaf bagi pihak hadif sebab aku pon tak tau punca hadif bad mood. Mesti ada yang tak kena la tu. Hadif paling pantang kalau ade kawan-kawan yang dengki die, amik mainan ke, buku otomen die ke. Sebab kalau tak de apa-ape susah die nak mengamuk. Cume aku malas la nak tanya macam-macam mase tu, aku hanya mintak maaf je la. Sebab tak sume orang paham akan anak aku ni. Nanti aku takut ade pulak parent-parent pakat suruh quitkan hadif ke sebab anak aku tak normal. Mana la tau kan. Sampai ke situ aku pikir.
Dua tiga hari gak la malam aku tak leh tido sampai la aku rase stabil sikit dan pembantu aku pon masuk ofis selasa ari tu baru la aku buat keputusan tuk kluar ngan teacher. Mase tu memang aku dah ready zair dan batin dan yang penting aku tak mo nangis kalau betul-betul apa yang aku bayangkan tu berlaku. As a result............
Ceh..aku jek terlalu beremosi hingga menyebabkan aku terpikir yang bukan-bukan. Actually teacher hanya nak merapatkan lagi silaturrahim antara kami. Memang kami rapat sebelum ni tapi tak de kesempatan nak bersantai-santai di luar. Kelakar betul aku ni. Tapi apa yang pasti aku enjoy time tu and we share a lot of story including hadif condition. Die pon start seaching about autism and try to understand how to handle the autism child. And she mention hadif is not as bad as other autism child that she know. Lega....alhamdulillah^_^
July 31, 2008
Petua Batuk
Kepada sesiapa yang batuk berpanjangan, saya cadangkan anda mengamalkan petua ini yang saya perolehi dari mak saya sendiri.
Caranya:
1. Tuangkan satu sudu kecil kicap
2. Campurkan dengan sebiji pati limau kasturi
3. Kacau dengan menggunakan jari kelingking sambil berselawat 3 kali
4. Terus minum.
Insyaallah lega sikit batuk tu nanti. Selamat mencuba.
Caranya:
1. Tuangkan satu sudu kecil kicap
2. Campurkan dengan sebiji pati limau kasturi
3. Kacau dengan menggunakan jari kelingking sambil berselawat 3 kali
4. Terus minum.
Insyaallah lega sikit batuk tu nanti. Selamat mencuba.
July 28, 2008
Sport carnival
Fuh...lame tak menghapdet blog ni. Sebab utama, sibuk. Aigoo(mengeluh ala-ala korean people hee~) letih, last week schedule keja memang very-very tight. Biase la hujung-hujung bulan kan accountant mana yang tak sibuk. Huh accountant ke? Hehehe...
Semalam komuniti kawasan perumahan de buat karnival sukan, join ler gak. Sesekali dapat jumpe jiran tetangga. Harapkan ari-ari biase memang jarang dapat bersua muka al-maklum la masing-masing bekerja. Banyak gak la aktiviti yang dijalankan a.k.a telematch. Dah lame aku tak main-main ni. Syok plak tapi lepas tu dapat sakit satu badan. Mahunya tak, dah lame tak bersukan alih-alih terus belasah tak de warming-warming pon. Memang keletihan semalam. Our blue team jadik juara keseluruhan tapi kena share pulak dengan team jingga. Dan paling best hilang semua stress kerja aku sepanjang minggu lepas \o/
July 23, 2008
Alhamdulillah
Akhirnya abah beransur sihat dan dah kembali ke rumah. Cume dalam sehari due ni abah kena banyakkan rehat dan lupekan kerja-kerja kebunnya. Itu pon dah gatal-gatal kaki nak ke kebun tu. Susah tul nak kawal abah. Hehehe..gitu la ragamnya kalau orang dah biase bekerja, mana nak die duduk-duduk saje. Lepas abah kluar spital nenek pulak demam. Ari ni masuk ari yang ke-3. Mintak-mintak la tak serius. Bukan apa mak ade cerita yang la ni kat melaka tengah kecoh penyakit cicikunya (tak pasti nama) adik dari denggi kate mak. Takut nenek terkena jangkitan penyakit tu pulak. Mintak dijauhkan lah. Penyakit tu berasal dari nyamuk jugak. Tahu-tah je la duk kat kanpungkan memang nyamuk banyak sesangat. Harap-harap nenek ngan abah kembali pulih seperti biasa. Amin.
Kencing malam dan rawatan
Kencing malam berlaku kerana sesetengah kanak-kanak tidak boleh mengawal pundi kencing mereka lagi.Kencing ketika tidur adalah tindakan di luar kawalan yang disebabkan beberapa faktor. Di kalangan kanak-kanak, ia menjadi masalah jika berlaku satu atau dua kali seminggu sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Selalunya pundi kencing mempunyai kapasiti menyimpan antara 400 hingga 500 mililiter air kencing pada satu masa yang boleh membuatkan kanak-kanak itu kencing di waktu malam jika tidak dapat mengawal pundi kencingnya.
Mengalami masalah kencing ketika tidur terutama di waktu malam adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya di peringkat usia kurang dari 4 tahun kanak-kanak ini masih di dalam proses mengawal pundi kencing namun perkara ini dapat diatasi pada usia yang lebih muda dengan bantuan ibubapa.Perkara ini boleh bertukar menjadi satu masalah sekiranya keadaan kencing malam ini berlarutan 2 atau 3 kali seminggu dan berterusan selama lebih kurang 3 bulan.
Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut.Biasa kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka.Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang.Tekanan samaada dari segi fizikal atau emosi(psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.
Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing.Namun dengan jadual yang diatur,kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka.Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur.Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.
Sumber http://www.thetole.org
Mengalami masalah kencing ketika tidur terutama di waktu malam adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya di peringkat usia kurang dari 4 tahun kanak-kanak ini masih di dalam proses mengawal pundi kencing namun perkara ini dapat diatasi pada usia yang lebih muda dengan bantuan ibubapa.Perkara ini boleh bertukar menjadi satu masalah sekiranya keadaan kencing malam ini berlarutan 2 atau 3 kali seminggu dan berterusan selama lebih kurang 3 bulan.
Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut.Biasa kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka.Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang.Tekanan samaada dari segi fizikal atau emosi(psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.
Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing.Namun dengan jadual yang diatur,kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka.Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur.Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.
Sumber http://www.thetole.org
July 21, 2008
Still warded
Weekend lepas aku balik jengah abah, zahirnya memang nampak die sihat. Tapi mengikut doktor banyak lagi rawatan yang perlu abah jalani. Tekanan darah abah makin hari makin naik. Die memang cepat bosan kalo disuruh duduk rehat macam tu. Tension dan emosi yang tidak stabil salah satu punca tekanan darah makin tinggi. Abah memang terkenal dengan keramahannya, baru sehari dua kat wad tu dah leh beramah mesra ngan sume pesakit situ. Mane reti duk diam die tu, asik merayau jek amik angin katenye. Kelakar la abah ni, orang suh rehat die leh plak gi jalan-jalan. Abah kate ari ni doktor nak sedut kahak die kalau kahak tu tak kluar secara normal. Alahai kesian, nak masuk tiub bukan dekat tu, kat paru-paru aku dengar pun cuak. Harap abah tabah dan kuat semangat. Insyaallah iza doakan abah lekas sembuh dan dapat segera kluar dari hospital tu.
July 19, 2008
Special Diet for Autism Child
While mainstream medical practitioners rarely recommend special diets for autism, many parents will hear of the success of such diets through websites, books, friends and conferences. The science around such diets is sketchy, but there are plenty of anecdotal stories of special diets having a profound and positive impact on children with autism.
The gluten (wheat) free, casein (dairy) free diet is the most popular of the specialized diets, and there is evidence that the diet is often helpful in lessening autistic symptoms such as impulsive behaviors, lack of focus, and even speech problems. But wheat and dairy are a part of almost everything we serve and keeping a child away from ice cream, pizza, milk, and most snack foods and cereals is no small task.
So, what does it take to start a gluten-free, casein-free (GFCF) diet?
Identifying Gluten and Casein in Your Child's Diet
Removing gluten and casein from a child's diet is not as simple as saying goodbye to milk and bread. According to Carol Ann Brannon, a nutritionist who specializes in diets for children with autism, gluten is not only ubiquitous, but may also find its way into your child's system through the skin:
"Gluten is found in wheat, rye, barley, oats, spelt and any derivatives of these grains, including, but not limited to malt grain-starches, malt wash, hydrolyzed vegetable/plant proteins, grain vinegar, soy sauce, and natural flavorings. Casein is found in milk and milk products from mammals....Gluten is in even in Play-Doh, adhesive on stamps and stickers, and many hygiene products. Soy, another common food allergen, is in many foods and hand lotions, make-up, etc."
Starting Your Autistic Child on a GFCF Diet
According to Brannon, there are two ways to start a GFCF diet: “dive in head first” or the slower, “get your feet wet” approach.
The “dive in head first” parents prefer to go GFCF all at once and decide to place the entire family on the diet. Often, siblings and parents may also experience benefits from the diet. The “get your feet wet” parents opt to go gluten-free first, and then progress to excluding casein-containing foods and beverages.
An increasing number of GF foods are available due to the increase in celiac disease. A parent should select the approach that best suits their personality and their lifestyle. Many parents begin the diet with dread and fear, but soon find it is more manageable than they had imagined. GFCF diet support groups can be a tremendous help to parents. In addition, there are many websites and blogs for parents.
What Can My Child Eat on a GFCF Diet?
In general, says Brannon, "Children can eat a wide variety of meat, chicken, eggs, fruits, and vegetables – anything that does not contain wheat gluten or casein. It is generally recommended that organic, whole GFCF foods be consumed whenever possible."
GFCF advocates caution that even a little bit of wheat or dairy could have a big impact on a child with autism. To avoid accidentally eating the wrong foods, it's important to read labels carefully - wheat and dairy are often "hidden" ingredients in packaged products. It's also very important to inform teachers, therapists, and other adults in your child's life that he is now wheat and dairy free.
Sumber: http://autisme.about.com
The gluten (wheat) free, casein (dairy) free diet is the most popular of the specialized diets, and there is evidence that the diet is often helpful in lessening autistic symptoms such as impulsive behaviors, lack of focus, and even speech problems. But wheat and dairy are a part of almost everything we serve and keeping a child away from ice cream, pizza, milk, and most snack foods and cereals is no small task.
So, what does it take to start a gluten-free, casein-free (GFCF) diet?
Identifying Gluten and Casein in Your Child's Diet
Removing gluten and casein from a child's diet is not as simple as saying goodbye to milk and bread. According to Carol Ann Brannon, a nutritionist who specializes in diets for children with autism, gluten is not only ubiquitous, but may also find its way into your child's system through the skin:
"Gluten is found in wheat, rye, barley, oats, spelt and any derivatives of these grains, including, but not limited to malt grain-starches, malt wash, hydrolyzed vegetable/plant proteins, grain vinegar, soy sauce, and natural flavorings. Casein is found in milk and milk products from mammals....Gluten is in even in Play-Doh, adhesive on stamps and stickers, and many hygiene products. Soy, another common food allergen, is in many foods and hand lotions, make-up, etc."
Starting Your Autistic Child on a GFCF Diet
According to Brannon, there are two ways to start a GFCF diet: “dive in head first” or the slower, “get your feet wet” approach.
The “dive in head first” parents prefer to go GFCF all at once and decide to place the entire family on the diet. Often, siblings and parents may also experience benefits from the diet. The “get your feet wet” parents opt to go gluten-free first, and then progress to excluding casein-containing foods and beverages.
An increasing number of GF foods are available due to the increase in celiac disease. A parent should select the approach that best suits their personality and their lifestyle. Many parents begin the diet with dread and fear, but soon find it is more manageable than they had imagined. GFCF diet support groups can be a tremendous help to parents. In addition, there are many websites and blogs for parents.
What Can My Child Eat on a GFCF Diet?
In general, says Brannon, "Children can eat a wide variety of meat, chicken, eggs, fruits, and vegetables – anything that does not contain wheat gluten or casein. It is generally recommended that organic, whole GFCF foods be consumed whenever possible."
GFCF advocates caution that even a little bit of wheat or dairy could have a big impact on a child with autism. To avoid accidentally eating the wrong foods, it's important to read labels carefully - wheat and dairy are often "hidden" ingredients in packaged products. It's also very important to inform teachers, therapists, and other adults in your child's life that he is now wheat and dairy free.
Sumber: http://autisme.about.com
July 18, 2008
Abah admitted
Petang kemarin abah dimasukkan ke hospital. Aku pon tau dari adik semalam. Saje mak tak bagitau sebab tak mau aku kalut-kalut. Patut la dari pagi semalam aku rase tak sedap hati jek. Abah sesak nafas dan mudah penat kalo buat keja lebih. Hasil pemeriksaan mendapati paru-paru abah berair. Jantung sume alhamdulillah ok. Paru-paru ade jangkitan kuman. Doktor hanya bagi antibiotik dan minta abah berehat dulu kat hospital sehari dua. Kalau ikutkan hati aku memang aku nak balik tapi tuntutan kerja tak mengizinkan. Berkali-kali aku call abah dalam sehari nak tau keadaan die. Abah bagitau aku die ok tak yah risau-risau, settle kan kerja dulu. Bukan la bermakna aku mementing kan kerja dari abah tapi susah untuk aku terangkan. Insyaallah abis kerja ari ni aku balik melaka jenguk abah.
July 16, 2008
IQ Test
IQ test hadif tak complete ari ni sebab die tak nak bagi kerjasama. Rupenya doktor dah silap tafsiran terhadap permintaan aku nak adakan ujian IQ tuk hadif. Dia ingat ujian tu untuk melayakkan hadif menduduki sekolah. Bukan itu yang aku maksudkan. Tujuan aku hanya la untuk menentukan tahap mana autisme hadif tak sangka plak doktor boleh tersilap. Seingat aku mase aku tanye die macam mana nak tentukan hadif ni tergolong dalam mild ke severe ke, die bagitau yang kita bolah tau dari ujian IQ. Pastu masa ujian dijalankan lain pulak laporan yang doktor bagi. Ish tak paham tul aku. Ke doktor tu tak paham soklan aku. Pening-pening. Akhirnya aku mintak skip je la ujian tu sebab hadif pon dah macam tak berminat nak ikut. Dalam sejam tu hanya 20 minit je hadif bagi kerjasama lepas tu mula la die tergaru sana, mata melialu sana sini. Hehehe kalakar la. Itu la hadif susah tul nak dapatkan tumpuan die.
Good Luck
To my dear friend, all the best to u..semoga berjaya menjadi pendidik yang berwawasan, cemerlang, gemilang dan terbilang ^_^
July 15, 2008
Water Therapy
Ari ni aku cuti sebab temankan hadif gi terapi air. Terapi ni bukannya aktiviti formal tatapi lebih kepada memberi peluang anak-anak supaya lebih berani di dalam air. Wah..apa lagi hadif, kemain happy ler. Tau-tau je la, budak mane yang tak suke air kan..bukan takat budak aku yang mak budak ni pon sakan join dieorang, huhu....Tapi dalam pada tu Hadif ni satu jek perangai die yang aku paling letih, tiap kali aku ikut same aktiviti terapi die tu mesti die nak aku duk berkepit ngan die jek sepanjang ari, tak leh berenggang langsung. Kalo tak die tak nak join. Tu yang aku kadang malas tu. Bayangkan dari pagi hingga petang duk kat kolam renang abih terbakar muka hehehe. Apa-apa pon aku happy sangat sebab bukan hadif jek yang realese tension aku sekali join.
July 14, 2008
Doctor appointment
Ari ni Hadif de appoinment ngan doktor kat HUKM. Aku jek yang gi bawak hadif. My hubby tak leh gi sebab de meeting. Ye nampknya meeting lagik penting dari anak. Gitu la die. Tak leh nak komen pape sebab die adalah sumber utama keluarga yang menjana setiap perbelanjaan keluarga. Aku ni takat lepas belanja-belanja aku jek kann...apa nak buat redha je la...
So back to Hadif appointment, tak de ape sangat yang dibincangkan, doktor hanya tanye progress die kat rumah dan sekolah jek..kali ni tuka doktor lain lagi, mujur tak de sesi soal-jawap ala-ala perjumpaan kali pertama tu. Kalo tak letih aku nak jawap. Agaknya doktor ni de wat homework kut kat fail rekod hadif tu. Sesi perbincangan tak la lame sangat dalam 20 minit jek. Lame lagi mase perjalanan. Lepas amik ubat terus balik, singgah dulu McD belikan hadif makanan. Next appointment lagi 3 bulan.
July 13, 2008
Kenduri kahwin
Wah...bestnye lame dah tak gi kenduri kawin..akhirnya dapat gak melepas gian..hehehe. Kebetulan mak aku cal ari kamis ari tu ajak gi umah pak sedara kat cheras, anak laki die kawin..dah lame die jemput cume mak aku yang terlupa nak bagitau..bukan ape aku suke ngat nak gi sebab teringin nak makan lauk-pauk kenduri..tercapai gak hajatku....alhamdulillah...
July 11, 2008
July 5, 2008
Pomp-pomp gal
Tis was Alya show on her sport day...quite surprise she manage to remember all the step..so cute..but tis video half way of her show...
July 3, 2008
Busy dan serabut
Adoi..penat giler aku seminggu due ni. Sejak bos aku delivered and on maternity leave everything messy. Tau-tau je la bile bos tak de ni, macam-macam hal. Time ni la baru de client cal mintak quotation baja (our new bisnes). Dah la aku ni habuk pun tak tau pasal baja-baja ni tetibe de lak client call tanye bagai..tak terjawap aku nak kelentong pon tak leh..dekat 10 kali gak aku duk cal bos aku tu..hehehe sori mem..dah sebelum ni duk rilek jek..konon lame lagi nak start new business ni tup-tup ade lak yang berminat tak ke kelam kabut jadiknya. Siap meeting kat umah bos lagi..sian die dah la baru pas bersalin nak melayan baby lagi aku lak datang tanye memacam..ni la akibatnya kalo selalu amik mudah..suke bertangguh..ha amik ko sendiri yang caik pasal sendiri tanggung.
June 30, 2008
Sport Day
Last sunday was my kid sport day. That was really fun. Alya won 2nd runner up for hoop and ball game and batik wear while Aisyah only got consolation prize. It's ok dik...you still have a chance next year..insyaallah...their happy moment picture...enjoy..
Subscribe to:
Posts (Atom)