June 30, 2008
Sport Day
Last sunday was my kid sport day. That was really fun. Alya won 2nd runner up for hoop and ball game and batik wear while Aisyah only got consolation prize. It's ok dik...you still have a chance next year..insyaallah...their happy moment picture...enjoy..
June 26, 2008
Breakfast Show
This is an interview on The breakfast show on NTV7, 16 May 2008 featuring Mr Lim, President of PR4A( Parent's Resources for Autisme Malaysia) and Dr Hasna Toran a Lecturer on EIP (Early Intervention Programme), founder of ASPEC(special school in Bangi) and also EXCO of PR4A.
Please skip to 5 minutes for the show.
Please skip to 5 minutes for the show.
Marathon
Promo sket...pada sesiapa yang kurang jelas mengenai autism aku syorkan korang tengok cite korea ni "Marathon". Memang khas menceritakan ciri-ciri anak autism dan macam mana pandangan dan layanan masyarakat terhadap anak-anak istimewa ni. Kat youtube pon ade, aku mase tengok tu baru satu part dah meleleh air mata, mungkin sebab aku lalui apa yang ibu anak tu alami. Sebab memang payah untuk aku menerangkan pada sesapa pon karenah anak-anak autism ni. Harap dengan menonton filem ni korang akan lebih jelas sket.
Sinopsis:
Sinopsis:
As the hero is disabled, Running Boy - Marathon which deals with Bae Hyeong-jin and the Chuncheon Marathon, was an unlikely success story. But word of mouth appears to have helped propel the film into record figures, with viewers gripped by the moving drama of an autistic man who uses the Marathon to score a victory for the human spirit.
In one of the highlights of the Korean film "Running Boy" (the original Korean title is "Marathon"), there is a scene in which an autistic boy is surrounded by a crowd of adults on a subway platform. They're confronting the boy because he tried to touch a woman; they assume the worst, of course, but he only touched her because she was wearing a skirt with a zebra pattern, and zebras are his favorite animal. The camera circles the boy, who, though standing in a crowd, is clearly different from the others.
Toward the end of the film, the same boy is running in a Marathon. At first we only see the boy; then the camera slowly pulls back until the boy disappears into the crowd of hundreds of other runners.The contrast between these two scenes add up to a poignant statement about the meaning of disability in our society.
"Running Boy" is a movie about disability, and about the lack of tolerance society has for people who are different. Based on the true story of an autistic boy who completed the Chuncheon Marathon four years ago, the film's protagonist is 20-year old Cho-won (played by Jo Seung-woo), who was diagnosed with autism at the age of five. His mother, played by Kim Mi-Sook, is a major character in the film, vividly illustrating the hardships experienced by families living with autistic people.

June 25, 2008
Therapy
Pagi tadi hadif ada sesi-terapi kat HUKM, speech dan OT. Tah apa la silapnye pagi ni hadif nampak macam restless sangat. Nak kate tak amik ubat, dah makan dah. Ke sebab aku bagi die roti sikit mase menunggu terapist tu datang. Pagi ni memang die dah siap breakfast kat umah aku ngan hubby jek tak makan pape. Kebetulan sampai awal aku gi la beli roti ngan air mineral kat Koop HUKM tu. Die duk tengok-tengok je aku makan, sian lak aku bagi le sikit je tapi. Ke ubat tu dah tak effect kat die. Tah la..tapi walau die nampak restless, sume aktiviti terapist bagi die follow cume die buat dalam keadaan nak cepat la. Untuk speech bulan ni last sebab dari bulan ke bulan hadif nampak improving so tak yah la therapist nak follow up lagi sampai die besar. So lepas ni aku ngan hubby continue je la apa yang telah therapist guide kan. OT masih sambung lagi sebab motoring and sensory hadif masih tak ok lagi. Walau tiap bulan nampak makin elok tapi biar la die teruskan sebab bukan rugi ape-apa pon banyak yang hadif dapat blaja jugak. Beberapa contoh sesi terapi yang biasa digunakan kat mana-mana pusat pemulihan. Gambar hiasan aje ye...
June 24, 2008
Hadif B'day Celebration
Hadif reaction during his birthday celebration....walau nampak cam tak bermaya tapi die happy sebenonye...
June 22, 2008
Parent-teacher Days
Sabtu lepas ada perjumpaan ibubapa kat sekolah hadif. Aku la yang pegi sape lagi kan..alhamdulillah tak banyak kerenah hadif during school time die dan aku pon diberi melihat sume hasil kerja hadif. Ok sume nye...ada menunjukkan peningkatan dari awal die masuk sekolah hinggalah ke tarikh semalam...lega sket aku..dulu ingatkan hadif tak leh blaja langsung...bole jugak.. cume perubahan die tidak la terlalu drastik..aku pon tau tahap kemampuan hadif dan aku tidak penah mengharapkan hadif terus excel...slow-slow la kan...bagi mase kat die tuk belajar sume tu..tak boleh la nak bandingkan kemampuan die dengan anak-anak normal yang seusia dengan die..harapan aku semoga satu hari dapat lihat hadif paling kurang bole membaca dan mengira tu aje..insyaallah..
June 16, 2008
Father's Day Celebration
Sempena father day semalam aku arrange la sikit surprise tapi tak jadik surprise party sebab kebanyakkan dah tau. Patutnya majlis start kul 4 tapi tetamu-tetamu aku datang lambat dekat kul 5 baru muncul. Apa daaa janji melayu betul..banyak gak la mengkanan...tapi sume abih..siap tapau-tapau lagi..kali ni buat kat umah aku...meriah giler biase ler kitaorang kalo dah kumpul gamai-gamai tu hura hara (word ita lagi, kena bayo loyalty ke tak ni...hehehe). Macam-macam aksi yang dapat aku rakamkan tapi sikit jek aku share maleh nak tempek bebanyak. Buat sume father-father 'happy father day'. Hasil perancangan yang tak bape menjadik ni.....lihat la...
(abah mengetuai father-father yang hadir a.k.a pak cik-pak cik ku, adik ipar n my hubby...macho x? Hadif pon join)
June 15, 2008
Kolam ikan
Kerana kecintaan hadif pada ikan-ikan peliharaan maka berusaha la hubby aku menyiapkan sebuah kolam ikan khas tuk hadif. Berpinau gak la bijik mata die study cemana nak buat. Akuarium memang dah ade dah, kali ni nak terai buat kolam ikan yang ala-ala ada air pancut lak. Bunyi macam mencabar jek. Kalo nak beli bole jek tapi sebab nak jimat dan nak blaja hubby aku terai gak. Puas gak la die menelek buku ngan majalah cara-cara nak buat kolam tu. Akhirnya setelah berminggu study maka berhasil gak la usaha die menyiapkan kolam tu. Terbukti betul kate pepatah di mana ade kemahuan di situ ade jalan. Usaha tangga kejayaan kan. Hasil nya.....lihat lah...
June 14, 2008
Finding Nemo
Sejak aku perkenalkan karekter kartun nemo ni pada hadif tak silap mase tu umo die dalam 3 tahun lebih sampai la ke hari ni hadif masih setia dengan karektor ni dan merupakan favourite kartun die...bagi la die tengok cite ni berapa kali pon die mesti akan terpaku kat computer/tb. Aku dah tak larat nak beli CD dah..dalam tempoh ni dah 4 CD finding nemo ni aku beli..3 cetak compak 1 original..ari-ari die layan sampai sume nye rosak..calar-calar, pecah pon ade...last-last aku download terus dari internet...sebab selalu sangat tengok dia sampaikan leh hafal dialog-dialog tuk scene-scene yang die suke..dan kadang die apply dialog tu bile main-main ngan adik or secara spontan dalam aktiviti harian die..contoh: satu ari aku gi kenduri kawin sedara time nak balik tu aku, hubby, alya ngan aisyah jalan terlaju sket tetibe aku dengar hadif dengan selamba cakap..hi guy wait up....erm..terkezut aku..campo happy...speaking london lak tu.hehehe....memang dah jadik kebiasaan anak-anak autism ni suka copy ape yang die lihat dan dengar...cume sejak dia dah besa ni, die dah mula tunjuk perubahan sket..die suke karektor yang ganas-ganas sket cam power ranger ngan otomen...hehehe. Tapi tak lupe lagi ngan nemo die..dan sejak kecik aku peratikan hadif memang akan tertarik dengan hidupan laut..kalo tengok tb channel discovery terutama bile ade cite-cite pasal ikan-ikan laut dalam ke, jerung ke mesti terpaku gak...tak merasa la orang len tuka channel..dari segi buku-buku pon selalu dia akan pilih buku-buku pasal hidupan laut gak..pastu die usung la buku tu ke mana die pegi sampai naik lunyai dibuatnye....boleh katekan sume nama ikan or species laut dalam tu die kenal, itu la kegemaran hadif ^_^
June 13, 2008
Aktiviti mengaler
Sejak hadif bersekolah ni nampak sangat perubahan pada die, mungkin sebab latihan setiap hari yang diberikan oleh cikgu die. Dulu nak pegang pencil pon tak reti..lame jugak aku latih, tahun lepas mase die duk blaja kat smart reader kid die dah ok dah part-part kaler ni pastu sejak aku stopped kan die dari sana die lupe balik dah...baru la ni blaja-blaja mengaler balik..alhamdulillah ade perubahan walaupun tak banyak..ni aku kongsi sikit gaye-gaye hadif mengaler karektor power ranger yang baru blaja-blaja di minati...
Kemain beria-ia hadif..suh duk kat kusi tak mo....sambil cangkung je tu..macam gaye professional lak...hehehe...Walaupon tak secantik dan setanding anak-anak normal sekurang-kurangnye die cube...tak pe practise make perfect kan...insyaallah kalo dah perfect aku tunjuk kan kat sume...come on hadif 'aja-aja fitghting'
June 12, 2008
Aisyah birthday celebration
Tengah hari semalam lepas amik hadif skola aku antakan sekali kek ngan goodies kat nursery...aisyah celebrate besdaynye ngan kengkawan kat sana...happy sesangat die...inilah aksi-aksi aisyah mase tu...
June 10, 2008
Cite Korea
Semenjak dua menjak ni aku ketagihan menonton cite korea..bukan semenjak rasenya tapi hobi ni dah makan tahun dah cume pada masa tu aku tak berkesempatan. Maklum la mase tu anak-anak kecik lagi ditambah dengan masalah hadif tu yang tergendala aktiviti aku tu..hehehe la ni anak dah besa dh bole urus diri dan yang penting sejak sekolah ni dieorang dah dilatih tido awal so aku ape lagi hehehe melayan la cite-cite korea yang telah aku pendamkan..banyak jugak la cite-cite yang aku dah tengok...bermula dari winter sonata sebagai pembuka tirai, sambung autumn in my heart, all about eve, hotelier..dan macam-macam lagi la hingga la yang terbaru aku tengok 'Three Dad One Mom'. Cite kalakar tapi syok tuk dilayan. sume tu aku online jek tak mampu aku nak membeli CD ke DVD banyak barang-barang len yang lebih berpekdah aku beli..dh ade yang pree buat pe nak susak ek...
Walaupun aku tau cite korea ni kebanyakkan endingnya akan boring atau ala-ala andaian sendirik tapi aku tengok jugak sebabnya aku pon tak pasti..mungkin sebab jalan cerita kut ke pelakon..hehehe salah satu faktor utama la tu dan satu lagi yang aku peratikan orang-orang korea ni suke sangat nak gi 'study abroad' kalo time frust or cinta tak kesampaian, kelakar tul..yang pelik tu camne lak die leh gi blaja kat ober the sea tu kalo english pon tonggang langgang...ceh macam la english aku power...koman-koman aku pon leh jugak speaking london time diperlukan..tapi orang-orang korea ni yang bestnya dieorang mengutamakan bahasa ibunda mereka yang mana aku rase bagus sesangat tak macam kite orang malaysia ni buat-buat terrer..kalo cakap mesti nak rojak-rojak sket baru la nampak klass gitu..ye ke...alamak cakap orang aku pon kadang pon sama dengan jek dari ape yang aku komen tu..hahaha...dah terbawak-bawak budaya tu..lagi satu yang aku agak kurang berkenan dieorang tu suke sangat pukul-pukul kepala terutama mak bapak or adik beradik...hish paling aku pantang main kepala....Teladan dari cite-cite ade jugak cume anggapla ia sebagai hiburan semata...jangan sampai terbawak-bawak dalam kehidupan kite dah la...yang baik jadikan teladan yang tak baik jadik kan sempadan...
Autistik penyakit genetik
Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
RAMAI kagum melihat keunikan dan sentuhan kreatif lukisan dalam kalendar Korporat Shell 2007 yang dilancarkan baru-baru ini. Jika tidak ditulis nama di bawah setiap karya, pasti ramai menyangka ia hasil kerja pelukis profesional.
Siapa sangka enam lukisan yang diabadikan dalam kalendar syarikat minyak gergasi itu dihasilkan kanak-kanak autistik, Yeak Ping Lian, 13.
Walaupun menghidap Sindrom Savant iaitu sejenis penyakit genetik yang sangat jarang berlaku (dan tiada penawarnya) bakat seninya menyerlah.
Semua karyanya dihasilkan secara spontan dan mempunyai nilai artistik, walaupun tidak pernah mendapat pendidikan khusus dalam seni lukis.
Inilah rahmat Allah. Sesungguhnya Allah amat pemurah dan penyayang. Kekurangan satu sifat akan diganti dengan kelebihan pada sifat lain sehingga menimbulkan keunikan kepada seseorang individu itu. Namun, ramai antara kita kadangkala tidak dapat melihat rahmat terselindung di sebalik kekurangan yang ada pada diri.
Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibu bapa kecewa dan putus asa apabila mendapat anak autistik. Malah, ada yang sanggup mengetepi atau membiarkan anak autistik dan hanya memberi perhatian kepada anak normal.
Sikap ibu bapa yang kurang memahami masalah dan keperluan anak autistik sebenarnya boleh menggelapkan masa depan golongan istimewa ini. Kanak-kanak autistik sebenarnya mempunyai masa depan yang sama cerah dengan kanak-kanak normal jika diberikan peluang dan menjalani terapi khusus.
Autistik ialah gangguan perkembangan pertumbuhan. Autistik ialah penyakit genetik dan ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu klasik dan varian (gangguan spektrum yang merangkumi banyak jenis masalah genetik yang jarang dijumpai).
Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Syed Kadir, berkata autistik boleh dianggap masalah biasa, dengan nisbah tiga hingga enam kes bagi 1,000 kanak-kanak dan ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki. Kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki mempunyai peluang empat kali ganda mengalami autistik berbanding perempuan. Jika ia berlaku pada kanak-kanak perempuan, biasanya kesnya lebih serius.
Autistik ialah masalah keturunan dan gangguan yang sangat kompleks. Jika seorang anak menghidap autistik, anak lain mempunyai risiko enam kali ganda untuk mendapat masalah sama. Malangnya, ramai ibu bapa tidak menyedari anak mengalami autistik yang menyebabkan perkembangan anak menjadi sangat perlahan.
“Masalah ini boleh dilihat ketika bayi lagi. Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak mengikut umur mereka. Jika tidak pasti, ibu bapa boleh merujuk kepada carta perkembangan anak yang boleh diperoleh dari mana-mana klinik atau hospital,” katanya.
“Ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka ada masalah autistik. Lebih menyedihkan, ada ibu bapa mengambil sikap ‘tidak apa’ dan menganggap ia perkara biasa. Ada juga kanak-kanak autistik menunjukkan perkembangan normal pada peringkat awal dan kemudian ‘hidup’ dalam dunia sendiri.
“Kanak-kanak autistik tiada kemahiran empati iaitu mereka tidak dapat membezakan sama ada orang lain marah atau gembira. Selain tidak suka melihat muka atau mata orang yang berinteraksi dengannya, kanak-kanak autistik kerap melakukan perlakuan yang membahayakan diri seperti menggigit atau menghantukkan kepala,” katanya.
Lebih membimbangkan, ramai individu autistik mempunyai ketahanan terhadap kesakitan. Keadaan ini menyebabkan ada pesakit yang dihantar ke kelas khas Nasom dipakaikan topi keledar kerana mempunyai tabiat suka menghantukkan kepala ke dinding berkali-kali.
Ada juga yang tidak menangis walaupun jatuh hingga berdarah, sebaliknya menjadi sangat sensitif terhadap rangsangan lain seperti bunyi tertentu, rasa atau sentuhan. Malah, jika bercakap pesakit akan membahasakan diri dengan nama mereka dan bukan saya atau aku.
Kata Dr Syed Nazir, individu autistik juga berisiko tinggi mengalami keadaan dipanggil sindrom x lemah yang menyebabkan masalah terencat akal, ketumbuhan dalam otak (tuber sklerosis), sawan, sukar belajar dan lemah daya tumpuan.
Dianggarkan 20 hingga 30 peratus pesakit autistik mendapat sawan (epilepsi) apabila meningkat dewasa atau berumur 20 tahun. Pada masa sama mereka cenderung mengalami gejala skizofrenia, halusinasi dan delusi, terutama apabila memasuki alam dewasa. Punca dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku masih tidak diketahui.

June 9, 2008
Kisah Baby Sitter
Dalam tempoh 7 tahun ni aku dah ade banyak pengalaman bertuka-tuka day care dan umah pengasuh tuk anak-anak aku. Hadif aku anta ke nursery kat ofis hubby aku servis memang tip top...puas ati sesangat then tak tau kenapa nursery tu dipaksa tutup oleh management tempat my hubby keja tu...konon tak menguntungkan sebab hanya bergantung pada staff-staff jek anta anak situ tak open pada orang luar dan bayaran pon murah sket...aku pon tak paham apa motif asal pembukaan nursery tu dulu adakah sebab nak untung atau nak jaga kebajikan staf..memang susah nak jumpe company yang betul-betul ikhlas nak sediakan kemudahan tuk staff-staff...alamak terklua topik lak....
Sejak penutupan nursery tu maka bermula era aku beralih ke rumah pengasuh..mase tu anak dh masuk 2 dah..pengasuh tu pon bekas teacher kt day care lame tu...service die pon aku puas ati..anak-anak pon selesa...lama jugak aku bertahan dengan pangasuh tu sampai anak 3 lah..kalo tak kerana aku pindah umah ke bangi ni aku tak mungkin nak tuka pangasuh..tapi sejak pindah aku kesian pulak ngan anak-anak yang terpaksa bangun pagi-pagi ikut aku gi keja..mase tu aku keja gombak so aku drop la kat keramat dulu anta anak-anak..lame jugak la macam tu makan 2-3 bulan gak..pastu aku caik-caik la pengasuh lain...
Pengasuh ni duk area umah mak cik aku dulu..bekas pengasuh anak die dulu...awal-awal tu ok..lama-lama die cam tak puas ati aku amik anak lambat padahal dulu dh bagitau yang aku ni keja jauh nun kat batu caves tu dah tu opis hour abih kul 6 paling awal aku sampai umah kul 7.30 malam tu pon kalo tak jem...aku hanya harapkan hubby aku je la tuk jemput anak-anak tiap ari..nak jadik isu satu ari tu hubby de meeting pastu die tak sempat nak bagitau..tu pon tah cemana aku tergerak nak call die tanye pasal anak kebetulan mase tu dah 7 lebih kut dekat-dekat nak maghrib...aku pon dengan rasa bersalah call la akak tu nak bagitau hal sebenar...die lak time tu la bebel-bebel ngan aku kate dulu janji lain la..die penat la gaya macam tak sanggup nak jaga anak-anak aku lagi..mase tu tengah drive baru sampai area-area tasik selatan tu...berjurai air mate aku dalam keta tu...mase memula aku nak anta tu bukan tak bagi tau situasi aku ngan hubby dan die pon terus-terus jek setuju..tu yang aku jadik sedih...die leh pusing cakap lak ingat aku keja gomen...bile mase lak..mak cik aku memang la gomen tu yang rilek jek..aku ni swasta..hubby pon same...sejak ari tu tawar jek ati aku tiap kali anta anak..sudahnya bulan depannye aku anta anak-anak kat nursery jek..baya lebih sket la...tak pe la...asal aku tak mengata...bukan aku marah cume aku mengharapkan understanding...sebab aku penah bagi tau aku auditor keja tak menentu cume hubby je la keja dekat sket kat seri kembangan so die lah yang akan amik anak tiap ari dan ada kemungkinan hubby pon kadang-kadang kena stay kalo de server problem la..time tu die tak de lak nak komplen bagai..tah la mungkin salah hubby jugak sebab dah memang tugas die amik anak ari-ari so kalo die ade hal patut die bagi tau aku tapi tu la geram jugak aku..tapi tak pe la mende dah lepas...
Nursery baru tu lame gak aku bertahan..sampai awal tahun ni aku tuka sebab die tak de kelas tadika tuk alya yang kebetulan dah 5 tahun..kat nursery tu pon ade macam-macam kes jugak terutama yang berkaitan dengan hadif ..maklum la time tu die umo 5 tahun memang tengah melasak..tapi depa jaga jugak cume tak mangajar ape-ape sebab die kate hadif tak bagi kerjasama..tak pe la aku paham..aku pon tak de ler letak harapan tuk hadif jadik excel..cume agak terkilan sebab cikgu-cikgu macam tak berminat nak amik tau kanak-kanak bermasalah macam hadif tu...last last hadif kerugian 2 tahun kat sana...satu benda pon tak blaja...compare to new nursery ni yang memang willing to teach walaupun teacher tu tau condition die...hadif pon dah start skola darjah satu so hanya separuh ari jek kat day care tu....for alya ngan aisyah memang nampak sangat improvement..
Nak tuka-tuka day care or pengasuh pon macam kaedah try and error gak...tapi yang jadik mangsa anak-anak la...aku ni memang tak de maid..tu yang nampak serabut sikit..dan pada aku terlalu banyak tangan yang jaga anak-anak pon boleh jadik punca anak jadik nakal dan tak makan saman...sekarang ni anak-anak aku pon dah makin membesar dah mudah di bentuk..apa-apa pon aku tetap berterima kasih atas sumbangan pangasuh-pengasuh yang dah jaga anak aku selama ni...terima kasih...
June 7, 2008
Bercuti
Cewah bunyi macam best jek..tapi percutian aku ni bukan lah jauh mana pon takat balik kampung je...kebetulan nak gi menjemput anak-anak..percutian 2 in 1 lah kiranya..niat dihati nak mintak tolong tok nenek depa antakan jek tapi budak-budak ni tak nak lak..kena la aku gi jemput mika tu..alang-alang dah balik kampung tu aku pon plan la nak bawak anak-anak gi jenjalan..kemana?? hehehe ke zoo melaka jek..kebetulan anak-anak aku memang penggemar binatang..gemar jek bile dekat sume takut..terutama kucing...kalakar tul...saje je aku nak happy kan dieorang sejak cuti tu ari tak kemana-mana tu yang aku ajak gi..seronok tengok anak-anak happy...ade jugak ala bende yang nak diceritakan oleh alya kalo cikgu or kengkawan tanye..hadif pulak tak de la nak cerita-cerita sebab kalo die bagitau die pegi zoo pon orang mungkin tak paham..sebab pertuturannye yang agak kurang jelas kecuali tuk orang-orang dah biase dengan die..so hasil percutian kami inilah die....
June 5, 2008
Petrol naik lagi
"Isik minyak pepenuh...sok minyak naik RM2.70 seliter" gitula bunyi sms dari adik iparku yang kuterima lewat senja kemarin...Biar betul! Terkezut aku sekejap..tak berlengah aku pon menyampaikanlah sms tu pada kengkawan setelah aku pastikan kesahihannya...rupenye meka sume dah tau..ceh sonyap-sonyap jo tu...tak patut tul la depa ni...lepas magrib aku pon gerak la hajat di hati dah memenuhkan tangki keta..sampai-sampai jek kat petrol stesen..sekali lagi aku terpanjat..astagfirullah...punye la gamai keta-keta berbaris sumenye menunggu giliran..tak leh jadik ni caik stesen lain la..tapi mana-mana aku gi gitu gak situasinya..terus give up...ikutkan minyak keta hubby aku tu banyak lagi tapi saje la nk penuhkan...hehehe sengaja nak memanjangkan barisan menunggu..tapi dekat setengah jam berlegar-legar aku kate kt hubby...tak yah la susah-susah B..round-round ni pon dh ngabihkan minyak..mujur gak keta aku minyak masih banyak lagi..kalo diingat-ingat balik..dulu keta aku tu penuh dalam RM30 jek..pastu naik ke RM40..agak-agaknye la ni dh RM50 kut..walaupon keta kecik tapi pakai minyak gak..kalo pakai air best gak..susah-susah bebaris nak isik minyak...nanti-nanti dah abih kena gak isik kan...tapi adlise kalo dapat isik malam ni jimat sikit duit minyak dalam sari due ek...last-last kitaorg benti makan jek..lagi best sambil memerhati gelagat orang-orang menuggu giliran isik minyak..buat mase ni kami sekeluarga tak de sebarang plan lagi tuk mengurangkan belanja-belanja kami..insyaallah pelan-pelan...yang pasti harga minyak memang tetap naik...gaji jo tak naik-naik..hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)