June 27, 2012

Wedles Wednesday | Rezeki saya


Misi mencari rezeki yang dimaksudkan adalah:


Tertipu sungguh rerakan saya. Maafkan saya, tak terniat pon tapi dah memang tajuknya REZEKI kann.

Deria bau

Aishh selemo den tak kekoring lagi nih. Semalam kedoktoran. Dia kata sinus makin kritikal. Rongga hidung pon makin membengkak. Alamak! Memang saya pon dah terasa ia makin terok. Pepagi langsung tak leh kena air, sensitif bau, habuk sume. Non-stop bersin sampai dekat 10 kali. Bersin tu signage saya dah bangun, jiran saya kata hihihihi.
Doktor siap sajes operate buang sinus. Ohhh tidak!! Tak mau laa. Saya ngeri kot bab belah membelah nih. Kang tetibe hidung saya dah tak comel, achaner tu? Hahaha nonsen ok. Tapi memang sebenarnya saya takuit. Saya bagitau doktor, tak pe la dulu yang tu, bagilah saya makan ubat dulu. If bebetul perlu then I did the operation. Tapi tapi tapi masalah besarnya, saya pon kategori penyegan nak makan ubat. Makan tu makan tapi bila rasa dah ok sket emm tak makan dah la. Sama la ngan ubat spray hidung tu. Cano nih cano nih ^_^


Gambar kelabu asap lagi hahahaha

Bila Saya

*Edisi bila saya termengarut
(Edited version: Termengarot tanpa termaksud apa-apa)

Bila saya tersendiri, saya terfikir
Bila saya terfikir, saya termenung
Bila saya termenung, saya terkenang
Bila saya terkenang, saya terindu
Bila saya terindu, saya tersedih
Bila saya tersedih , saya termenangis
Bila saya termenangis, saya terasa
Bila saya terasa, saya termalu
Bila saya termalu, saya terdiam
Bila saya terdiam, saya terus akan TERDIAM


Yes, maybe sometimes you have to be your own hero :-)

June 26, 2012

I have autisme

Beautiful poster showing what it's like to have autism & SPD (Sensory Processing Disorder) from the folks at A Legion for Liam. 





Credit to: Autisme All Star Foundation

Work, working, worker

Salam siaran kawan-kawan
Hari ini, piya mak dia jaga. Semalam dah slow talk mintak jasa baik jagakan piya pasal mama tak boleh coti lelama. Anchor la katakan..hak hak tuii
Tengok keadaan piya pon dah ok, semalam bukak bandage, luka nampak dah kering. Dia pon dah boleh jalan-jalan melasak macam biase tak padan dengan terjengket-jengket. Cume keadaan kesihatan mama pulak yang kurang stabil. Saya saspek ada tersalah makan pasal dari tengah ari semalam duk bersin-bersin. Tahap resdung yang luar biasa, sudahnya tekak perit dan selesema lahh. Aduiiyainya pun, nak tercabut urat perot. Tapi tak mengapalah, kan bersin tu lebih elok dari menguap. Time ni barulah tersedar betapa nikmatnya sihat. Saya ni memang selalu lupa. Apa la nak jadi!
Back tu cerita kerja, nak kata banyak sangat tu tak lah tapi ada. Sumenya diusik sikit-sikit. Baru nak buat ni, puan bos bagi keja lain. Sudahnya sume tak sesiap. Masalahnya dah tau keja tak siap, boleh pulak bersantai-santai update blog, jenjalan plak kat blog kengkawan kann. Tak abis-abis keja mencurik. Masuk keja kul lapan, 8.30 pon tak setat keja lagi. Apa kes? Konon, nak sedapkan ati kata nak amik mood la, carik inspirasi la kann hahaha *mata kat atas*.

Baiklah sudah la tu, jom minum kopi. Hahaha kopi lagi, ingat keja kann :-P

*Entri tiada gambau, keyakinan diri tak menyerlah nak letak gambau. Jerawat merata ekekekeke

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

June 25, 2012

Bersalah dan disalahkan

Salam
Semalam adalah ari sedih saya. Rutin wiken saya dengan anak-anak memang berbasikal. Semenjak terasa kengkonon dah gumuks ni kan, saya buat le excersice sikit. Yang tersenang bagi saya ialah "cycling". Piya pon selalu ikot saya, bonceng kat belakang diawasi oleh kakaknya Alya. Dah berkali-kali naik sebelum ni dan ok jek. Tah cemana nasib agak tidak baik semalam, kaki piya boleh plak tersangkut kat rim tayar tu. Mujur jugak saya dah terasa lain macam dan benti. Time tu jugak piya dah meraung. Saya angkat dia, terus cek kaki sebab situ je la risikonya, aduhaiii..tengok kaki dia dah melecet. Ngeri sekejap. Berlari le balik, mandikan dia pelan-pelan takot pedih. Tapi confirm la pedih, tambah kuat la dia nangis. Syukur jugak saya bukan kategori yang cepat panik. Tapi time tu naik pekak jugak le telinga dengar papa piya bebel. Adoii mano lah den nak tau leh kono. Saya dendiam je, pujuk piya. Saya just cuci ngan dettol dan letak iodin sikit. Tu pon dah separuh nyawa suara piya. Mama terasa teramat bersalah sangat saat tu.
Lepas maghrib ajak papa piya pi spital sebab nampak buku lali dia bengkak. Risau jugak kan. Kat spital doktor x-ray, tengok ok. Lega sikit. Dia cuci sekali lagi dan bandage-kan takot kuman katanya. Dan suh datang tetiap ari dressing.
Arini, opkos la mama kena babysit piya. Terasa amat bersalah sekali. Mama mintak maaf piya :(
Dan lagi tambah bersalah bila ada pulak yang asek duk ungkit-ungkit akan kecuaian mama piya nih. Huaaa tension tau...ok fine fine.. I'm responsible for everything! 




June 24, 2012

Pemerhati bebas



Saya terjumpa gambaq ni dalam tab hadif. Secara tetibe saya teros teringat situasi di tempat kejadian. Ni gambaq saya kat epot langkawi tengah tunggu nak check In balik kolumpo. Perasan tak lelaki di sebelah saya yang berbaju biru dan bercermin mata gelap tu. Saya adalah tak suka tau duduk dengan orang yang pakai kaca mata hitam sebab saya tak tau dia tengok mana. Sangat tak puas ati. Tengok tu dia tengah toleh kat saya kann.
Saya ingat lagi time tu anak-anak saya memang sangat le super duper aktip. Dah le epot tu lenggang, jelas le dengar bebudak ni jerit-jerit main bubble. Hadif plak ngan aksi melompat dan berlari ala-ala balerina. Siap bukak slipe, baring atas lantai. Piya pon sama dah terpengaruh ngan kakak-kakak dia. Cakap bukannya boleh pelan bebudak ni. Aisyah pulak memang kaki sakat piya, apa lagi melalak je la. Adoii memacam peel dan harus le mama korang penat mengawal diri dari jadi hulk. Hahaha
Paling best mamat tu memang seronok ke hapa tak tau le, keja memerhati jek. Bila saya toleh dia buat-buat dono. Jahat! Lama plak dia duk situ. Dari kami sampai dia dah tunggu dah. Mujur kitaorang blah dulu. Mesti dia sunyi kena tunggu sesorang kikiki.

Hanyalah dia yang satu



Salam,
Hari ini (23june2012) genaplah usia Hadif 11 tahun. Mungkin dari segi tarikh Hadif tak tahu tapi kalau saya wish dia, dia tahu dan suka, siap tanya lagi, 'mana kek saya'. Hahaha... Hadif memang bercakap gaya membaca buku. Sebijik-sebijik!
Tak sangka, kelip-kelip mata je Hadif membesar. Bermacam-macam rasa dah saya rasai sepanjang usia Hadif itu. Dan ianya tidaklah semudah kelip-kelip mata. Daripada non-verbal, tantrum yang melampau, hyper yang melampau semua dah berjaya saya lalui. Rasa yang pelbagai. Tak semua orang rasa perasaan yang sama dan alhamdulillah berkat kesabaran ini, Hadif telah banyak sangat berubah dan sekali pandang orang tak akan perasan dia anak autisme. Komunikasi Hadif pon dah banyak improve. Dulu kalau saya tanya, dia akan mengajuk balik apa yang saya tanya. Tapi kini dia dah boleh respon atas soalan yang saya tanya. Dan boleh jugak bercerita tanpa ditanya, contohnya aritu dia balik kampung cerita dengan adik saya, "makngah, saya pegi pulau langkawi. Saya naik eroplane". Terasa sangat comel kan.
Cuma sejak akhir-akhir ini saya jadi terlalu banyak berfikir, terutamanya pasal masa depan Hadif. Saya tidak pun pasti selama mana saya mampu membantu dia. Seandainya ditakdirkan saya pergi, saya tidak yakin ada sesapa yang boleh menjaga dia selain mak dan ayah saya. Tapi mereka pon dah tua. Selama mana pulak saya nak bergantung harap pada mereka. Kekadang terdetik di hati saya andai saya dijemput illahi, biarlah saya pergi bersama Hadif. Boleh ke saya doa cenggini ek. Saya tak berapa nampak sinar lagi. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan dan peluang menjaga amanahnya ini selama mana izinNYA.
Disamping tu, saya juga cuba sedayanya untuk mem'balance'kan kasih sayang saya pada keempat-empat anak saya tapi kekadang saya rasa saya tetap akan utamakan Hadif. Moga Alya, Aisyah dan Afiya memahami.

Selamat hari lahir Hadif!! Mama sangat sayang Hadif sangat-sangat.

June 23, 2012

Tuhan Sedang Menguji Kita


Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah lupa. Ya..terlupa siapakah kita disisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

-Al Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias-


Pengisian motivasi saya yang terkini. Asalnya saya ke MPH arini nak beli sekali lagi buku 'Don't Be Sad' sebab yang lama tu saya dah bagi kat Intan. Tapi tah cemana boleh tertarik ngan buku ni. Rasanya bertepatan untuk pengisian jiwa saya saat ini.

June 21, 2012

Sepi itu tak Indah


Tahap kewarasan saya tidak berapa waras sejak kebelakangan ini. Saya sedang memikirkan sesuatu dan saya adalah tidak pasti adakah ia suatu tindakan yang betul dan sesuai atau sebaliknya >.<
Dan jugak masih dalam tempoh penyesuaian, memesrakan diri dengan gadget 'baru' yang tak se'mesra' yang lama. Nak demand lain buleh kot hihihi.



June 20, 2012

Pilihan Tepat


Mengikut perancangan sabtu lepas, saya ada mini reunion dengan rerakan sekolah menengah. Tak ramai pon ada le 5-6 orang. Kitaorang plan nak jumpe kat Marriot Putrajaya. Tetibe ari senin sebelum tu, mak bagitau kazen saya, Dik N nak buat kenduri aqiqah Ameen plak. Aisey! Kena cancel reunion lah. Sebabnya saya memang selalu mengutamakan family event. 
So, jumaat malam kami dah balik Alor Gajah, kengkonon le nak nolong-nolong pape yang patot kan. Dan macam biasa piya menunjukkan bakat mengado-ngado tahap maksimum. Nak melokek jo, sesikit nangis. Huaaa tokanan sungguh mama ekau ni ha. Sume makcik duk tanye-tanye, napa ngan dak piya tu Za. Laju je nenek dia jawapkan, beso la anak bongsu uhukkk :-P
Abes kenduri teros balik Bangi sebabnya baju sekolah kekanak tak gosok lagi, kasut pon tak basuh jugak. Rumah pon dah macam setor Site Bangi hihihi. 
Malam tu SMS la Noormi tanye pasal reunion tu. Sekali gupenya derang cancel kan tros sebab ramai yang tetibe ada hal. Tak pe la may be next taim le plan bebetol. 

Moh tengok gamba majlis Ameen, sikit jo pon hik hik <3


Goodies bag Ameen. Tengok tu ibu Ameen salah tarikh, 26 Rejab daaa.


Dak Ameen, dan besar dah. Sangat debab..goramm!


Boyan Ameen


Kumpulan berzanji


Ibu ngan papa Ameen



June 18, 2012

How to be Optimistic


Are you an optimist or a pessimist? Do you expect the best or the worst to happen?

Being an optimist does not mean that you are out of touch with reality, ignoring difficulties and obstacles and behaving in a naive way.

Being an optimist means that you hope and expect events and plans to turn out well, and that you look with a smile on the future.

It is important to be a balanced optimist, not pretending that nothing bad can or ever will happen. Doing so can lead to being impractical, making poor decisions and letting people ridicule or take advantage of you. A balanced optimist looks at reality, acknowledge difficulties and obstacles, but is not discouraged by them. A balanced optimist can see the good and the bad, but at the same time expects success and puts forth effort to make things turn out well.

Being optimistic doesn't mean waiting for things to happen by themselves. It means expecting the best, believing that the best will happen, but at the same time making decisions, following them, acting and making things happen.

Why be an optimist? Because optimism keeps you motivated and energetic, pursuing what you want with ambition, confidence and happiness. It helps you focus on your vision, and makes everyday a happy day.

How can you be optimistic and keep holding this attitude?

June 17, 2012

Terjaga Malam

Peringatan untuk diri saya.


June 14, 2012

Episode Finale| Seindah Sakura



Abess dahhh....
Tak de lagi dah temujanji ngan Cikgu Airil (FA) tsk tsk tsk. Pasni bile lah lagi nak tengok dia hahaha. Memang saya adalah peminat yang tak brapa nak setia FahrinAhmad. Kalau setia kena minat dia sorang aje kann.
Sebenarnya sebelum ni tak penah pon saya tengok slot-slot drama time maghrib ni tapi sebab FA tertengok pulak. Ada 'ter' tu padahal memang dah tahu sebab dok follow twitter FA. Tapi tengok pon tak de fokus sangat, asal tahu apa cite tuk aritu je. Sesambil masak jengah tb sat, kang lambat masak, makan pon lambat. Kenotttt..makan kena before 8, diet kann! Hihihi
Overall cite memang best lah. Dan semuanya saya dah boleh teka. Saya memang dah agak cikgu airil mesti bukan anak sedara sebenar paksu dia tu. Wajiplah happy ending kan. Cite melayu kalau sad ending sapa suka! Sampaikan alya pon sesama join melayan dan dalam masa yang sama suka jugakkk dengan Fahrin. Tiru mama nih ye :P
Lagi pasal dak alya ni, paling best siap update apa-apa yang dia tahu atau terbaca pasal FA kat memana. Mama tadi kakak nampak gambar FA kat Shell. Mama kat surat kabar ada cerita FA. Mama FA dah nak kawin. Mama kat kedai Your Gurt ada gambar Aaron Aziz. Eh! tetibe lain hihhi. Ish ish ish, anak sapa la nih :)
Tetibe arini Alya tanya soklan cepu gangsa pulak:
Mama, mama suke eyh orang laki yang ada otot-otot.
Gulps..terkodu kojap. Ahah memang, tengoklah papa tu, kan berotot-otot sebab tu mama suke papa (sambil buat aksi tangan di dada mata kat atas kat papa).
Apo lagi ketawa mengekek dak alya. Sudahnya mama kono sekeh ngan papa. Ahahahaha...

June 13, 2012

Bulan Bicara

Seandainya bulan berbicara, pastinya dia dah merungut sebab setiap hari dia terpaksa mengadap saya dan mendengar cerita saya, orang lain please hahahaha
Saya adalah pencinta bulan. Sejak dari zaman kanak-kanak sampailah dah jadi mak pada kanak-kanak. Pada saya ia adalah tersangat indah dan hingga kini saya pon tak pasti kenapa saya sangat sukakannya. Dulu saya suke duduk luar rumah sambil memerhatikan bulan. Kat IPT pon masih dengan hobi yang sama tapi saya dah tak lakukan sendirian. Ajak roomate berborak kat koridor hostel disinari cahaya bulan. Cuma sekarang saya dah tak berapa nak bersempatan mengadap bulan je. Tapi masih curi-curi peluang walaupun hanya nampak dari tingkap bilik. Hobi yang sangat pelik. Sekian!





Inspired


Another side of my inspiration...
My family picture!


June 12, 2012

Dak cekelat


Semalam hari kelahirannya Aisyah Insyirah, anak dara kedua saya yang ke-tujuh tahun. Walaupun dia dah sedikit besar tapi masih kemanja-manjaan lagi. Sebabnya dialah yang paling lama berkepit dengan saya sebelum ada dak piya. Panggilan cekelat tu datang dari atok Mat dia. Antara empat beradik dia je sorang kulit agak gelap, ikot macam tok Mat hahaha. Moga Aisyah berjaya dunia akhirat. Mama sayang awak!




June 6, 2012

Cuti Kecemasan


Saya adalah cuti kecemasan yang telah diketahui cemasnya dari tengahari semalam hahaha. Jahatkan saya! Babysitter memang dari pagi semalam dah mintak saya standby in case dia nak kena balik kampung awal pasal mak dia sakit tenat. So memang saya dah get ready. Cuma prosedure cuti kena apply 3 ari sebelum, itu yang saya tak apply semalam. Pagi ni baru inform 'mem' pasal nak cuti tu. 

Tapi saya yang terlebih gajin konon nak keja jugaklah. Bawak la piya tomot tu pi opish. Emm sudahnya banyak dia buat keja dari mama. Tahan gak le sampai tengahari, pastu balik tros. Esok ngan lusa tak tau la lagi cane. Kalau papa free boleh ngulo, dia lah yang take over jaga piya. Rotate le kann hihi. Cani le kalau bagi kat orang jaga, emergency kena cuti. Kalau nursery tak de emergency. Terima je le :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 5, 2012

Date to remember


Eceh..tetibe jek :-P
Edisi mengarut di kala perot lapau. Nak makan sakit tokak plak. Adoiii...baik puasa kan eh apakah?
Bukan apa, pagi tadi terdengar kat radio pasal orang pompuan, tarikh dan peristiwa. Betul ke eyh hanya pompuan je yang kesah sangat pasal ni banding orang laki. Emm..pikir pikir sat..tak sume kot. Tapi kekadang ada je jumpa kawan lelaki yang lebih prihatin pasal tarikh. Tapi majoritinya macam tak kan.
Ye memang TAK! ^_~

Macam saya sendiri, saya memang suke kot mengingati tetarikh (belasah je letak imbuhan gandaan). Kadang tu saya macam teringat-ingat sendiri je, tak de pon catit kat memana. Tersimpan kat kepala hotak ekekeke. Kirenya saya bukan le di kalangan ahli "Short-term memory lost" kan.
Macam korang ingat tak? Please jawap ingat hahahaha

Haaaa...Ingat tak iklan camera canon, yang dilakunkan oleh Yuna tu. Saya suka sangat, kan di akhirnya dia ada sebut "Di setiap gambar ada lagu". Wahhh!! begitulah pada saya, di setiap tarikh atau detik ada peristiwa yang perlu diingati. Sekian!


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 4, 2012

Reward | Helang Island


Salam,
Percutian kami yang paling terhebat la kunun *mata kat atas*. Sebelum ni kan saya ade hint pasal fly..fly, i believe i can fly la bagai, haaa ni le yang dimaksudkan tu kikiki.

Plan nak bercuti pon dua minggu sebelum cuti sekolah. Memang ari isnin dan selasa minggu pertama cuti sekolah, mak piya (babysittter) nak cuti, alang-alang mama terpaksa cuti, tu yang tertimbul idea cecuti mesia nih. Kami main watsup-watsup je pasal nak cuti nih, saya ngan Mrhubby dan di luar pengetahuan anak-anak. Surprise!!

Di sebabkan last minit plan, keja booking membooking jadik tak berapa seronok. Banyak hotel dah fully book, dah cuti sekolah kan. Flight pon dapat yang time tak berapa best tapi tak pe la, asal pegi kan. Setel sume, saya pon amik la cuti extra kan. Nasib baik 'mem' ok jek. Approve je coti mula la kelam kelibut siapkan keja sume. Hongeh! Memang tak mampu la nak siap semua tapi sekurang-kurangnya tak tinggalkan semua, eh apakah? Adalah sesikit tinggal yang tak berapa nak penting la.

Alhamdulillah apa yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Yang penting anak-anak happy. Mana derang nak pi kami layankan, kat pulau tu la maksudnya. Shopping pon tak berapa, adalah sikit untuk family ngan kengkawan. Lepas nih tah tahun bila la nak ada cuti yang hebat-hebat lagi. Tunggu piya besar la kot, tak dayo mama ni ha, asek mendukung dio. Ber'muscle' longan..hahaha
Silo la layan gamba kami yang tak seberapo ni ha. Jangan muntah yo, maleh nak asing-asing. Sekali harong yo :)


June 3, 2012

Anak Emas




Minggu ni saya jadi anak emas papa ngan mama. Abang ngan kakak duduk umah nenek. Sukenya saya :P

Published with Blogger-droid v2.0.4

June 1, 2012

KetentuanNya


Salam
Bercerita tentang kerjaan memang amat menakutkan. Semakin hari semakin kritikal keadaan kami. Sejak dari awal taon bermacam-macam dugaan di lalui. Projek yang semakin sakit, kekangan kewangan jugak kehilangan pekerja. Dengan keadaan kesihatan incik bos lagi. Aduhai...bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu kami yang memikul. Setiap hari berhadapan dengan pelbagai kerenah supplier, sampai di satu tahap saya dah tak boleh nak jawap. Sangat menyesakkan kepala.

Nak dijadikan cerita, hari khamis lepas (semalam) memang kami dah beria-ia merancang untuk menjalankan semula projek cheras kami, tapi tetiba jumaat, dapat Notis of Determination. Rasa macam terkedu semua. Apakah? Mungkinkah ia sekali lagi bakal tinggal kenangan seperti projek Bangi itu?

Allah maha mengetahui segalanya dan ketentuannya juga pasti bersebab. Semoga masih ada sinar buat kami di sini. Aminn...

Kenangan terindah kami...



Picture credit to: Azam Facebook Album