About

Thursday, June 14, 2012

Episode Finale| Seindah Sakura



Abess dahhh....
Tak de lagi dah temujanji ngan Cikgu Airil (FA) tsk tsk tsk. Pasni bile lah lagi nak tengok dia hahaha. Memang saya adalah peminat yang tak brapa nak setia FahrinAhmad. Kalau setia kena minat dia sorang aje kann.
Sebenarnya sebelum ni tak penah pon saya tengok slot-slot drama time maghrib ni tapi sebab FA tertengok pulak. Ada 'ter' tu padahal memang dah tahu sebab dok follow twitter FA. Tapi tengok pon tak de fokus sangat, asal tahu apa cite tuk aritu je. Sesambil masak jengah tb sat, kang lambat masak, makan pon lambat. Kenotttt..makan kena before 8, diet kann! Hihihi
Overall cite memang best lah. Dan semuanya saya dah boleh teka. Saya memang dah agak cikgu airil mesti bukan anak sedara sebenar paksu dia tu. Wajiplah happy ending kan. Cite melayu kalau sad ending sapa suka! Sampaikan alya pon sesama join melayan dan dalam masa yang sama suka jugakkk dengan Fahrin. Tiru mama nih ye :P
Lagi pasal dak alya ni, paling best siap update apa-apa yang dia tahu atau terbaca pasal FA kat memana. Mama tadi kakak nampak gambar FA kat Shell. Mama kat surat kabar ada cerita FA. Mama FA dah nak kawin. Mama kat kedai Your Gurt ada gambar Aaron Aziz. Eh! tetibe lain hihhi. Ish ish ish, anak sapa la nih :)
Tetibe arini Alya tanya soklan cepu gangsa pulak:
Mama, mama suke eyh orang laki yang ada otot-otot.
Gulps..terkodu kojap. Ahah memang, tengoklah papa tu, kan berotot-otot sebab tu mama suke papa (sambil buat aksi tangan di dada mata kat atas kat papa).
Apo lagi ketawa mengekek dak alya. Sudahnya mama kono sekeh ngan papa. Ahahahaha...

No comments:

Post a Comment