Salam
Bercerita tentang kerjaan memang amat menakutkan. Semakin hari semakin kritikal keadaan kami. Sejak dari awal taon bermacam-macam dugaan di lalui. Projek yang semakin sakit, kekangan kewangan jugak kehilangan pekerja. Dengan keadaan kesihatan incik bos lagi. Aduhai...bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu kami yang memikul. Setiap hari berhadapan dengan pelbagai kerenah supplier, sampai di satu tahap saya dah tak boleh nak jawap. Sangat menyesakkan kepala.

Nak dijadikan cerita, hari khamis lepas (semalam) memang kami dah beria-ia merancang untuk menjalankan semula projek cheras kami, tapi tetiba jumaat, dapat Notis of Determination. Rasa macam terkedu semua. Apakah? Mungkinkah ia sekali lagi bakal tinggal kenangan seperti projek Bangi itu?

Allah maha mengetahui segalanya dan ketentuannya juga pasti bersebab. Semoga masih ada sinar buat kami di sini. Aminn...

Kenangan terindah kami...



Picture credit to: Azam Facebook Album