Ok, mari cite pasal raya. Kemain lagi letak titilekan. Kengkonon nak tiru astro hihi.

Baiklah, seperti yang sedia termaklum tahun ini saya menyambut raye di rumah mak saya (eh penah ke bitau sebelum nih) kat Kg Kelemak, Alor Gajah Melaka. Hah detail tu! Sape orang logajah angkat tangan! Hihihi. Kami balik kampung ari jemaat pagi. Dalam kul 9 kot ke awal lagi. Tu pon dua kali kena pusing balik, memule beg susu piya tinggal pastu rantai emas kanak-kanak pulak..eceh raye kan. Jalan memang clear sangat, maklum la awal lagi kan. Ikotkan awal dah sampai tapi kami siap singgah eh mana plak singgah, menyimpang ke Jasko AEON Melaka beli hadiah raye abah ngan mak. Tak sempat nak beli kat KL. Ye la tu, padahal memang saje nak pegi. Sebelum zohor dah tiba umah mak, sempat la cikasben pi solat jemaat ngan abah. 

Next day-nya, hari mantai kata orang kampung saya. Eh tetibe melompat cite. Alah semalam tu, kat umah mak bese-bese je le. Borak-borak, tido, golek-golek tu je le kejanya. Umah mak pon dah siap kemas sume. Sabtu, lepas zohor, kami balik umah nenek kat Kg Air Lanjut, Alor Gajah Melaka jugak. Memang tradisi kami petang raye kumpul umah nenek. Masak-masak sana. Sume makcik pakcik pon ada sama. Meriah le. Lepas berbuka baru balik semule umah mak. Petang tu memasing mula la menunjuk skil masak. Saya amik tender basuh pinggan ngan kupas bawang je, tak pandai masak katakan kikiki. Pastu siap curi-curi tulang pi tengok hindustan ngan kazen. Ngelatkan! Buat-buat le nak tidokan piya, memang dasar pemalas hiks. Ok, jom tengok gambau lauk pauk dari chep-chep kehormat. 


Atas: Acar Rempah (nenek masak), 
Kiri: Rendang Daging Hijau-podeh gilo (makngah masak)
Dan kanan sekali Sambal Tempoyak (busu masak)


Atas kiri: Kari itik (mak masak),
Atas kanan: Rendang Ayam Pencen (nenek & makngah masak), 
Bawah: Cikasben menuntut ilmu masak dari mak ahahaha
Cikasben chep Sup Gearbox (tak de lak gambau, lupe snap)


Atas: Adik saya tolong godek-godek lauk je,
Bawah: Nenek saya sedang buat pemantauan dan aktiviti memasak