Heran kan? Orang sibok cite pasal raya, saya cite poligami. Buang tebiat ke hape? Hihihi....

Saje je saya nak kongsikan pendapat seorang sahabat, Aliya, yang sangat optimis pasal isu ini. Hebatkan tulisan dia. Korang rasa, korang bersediakah?
Saya sendiri? Hurmm..ntah la. Susah nak jawap, sat rasa macam boleh, sat rasa ragu-ragu. Tapikan hati saya memang selalu sangat terdetik pasal isu ni. Tak pasti kenapa-kenapa. Mungkin sebab saya selalu rasa saya bukan yang terbaik. Dan jujurnya saya rasa hati saya boleh terima dan bersedia, insyaAllah.

Ok..ok..ini adalah tiada kaitan apa-apa ye, sekadar berkongsi dan membuka minda kita yang adakalanya sempit pasal isu ini. Jangan salah tafsir plak ye :-)

Tetibe gambar ni plak..motif? 

ALLAH YANG PILIH, NAK SALAHKAN JUGA?

"Alhamdulillah kerana saya diberi ujian poligami!Ia telah mematangkan saya dan menunjukkan kepada saya kebesaran dan kasih sayang Allah," tulis wanita Inggeris dalam ruangan komen blog kawannya.
Saya terus membaca. Subhanallah, betapa mulia hatinya, dan betapa besar ujian yang diberikan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa.
Terasa diri ini kerdil jika dibandingkan dengan dirinya yang dia yang juga merupakan saudara baru Islam, melalui perkahwinannya dengan seorang lelaki bangsa lain. Sudah beberapa minggu saya mengikuti ruangan bicara dalam blog yang menarik itu.
Ya, POLIGAMI.
Satu perkataan yang digeruni para isteri yang beragama Islam, terutamanya di Malaysia bumi bertuah ini.
Dan isu ini insyaAllah, akan saya kupas sebaik mungkin dalam pos kali ini.

Selanjutnya baca sini la ye: Musings of Mualaf