Ya Allah, baru ari khamis rupenye arini. Apsal la saya boleh ingat arini jumaat. Nampak sangat la faktor usia kan. Patot la Alya tak tanya saya apa-apa pagi ni. Selalunya ari jumaat dia akan tanya, arini mama amik ke tak? Walaupun dia dah tau saya amik, tetap nak tanya jugak. Piya pulak boleh tetibe nak mandi dan nak pakai baju kurung. Sebab duk ingat ari jemaat saya pakaikan je le. Tup-tup mak piya yang ingatkan. Haiii.. nak cuti cepat sangat ke hape. Padahal sabtu keje gak. Banyak sangat pikir kot. Apa nak buat banyak masalah problem nak kena redah. Lepas ni kena makan kismis minda berkotak-kotaklah hihihi.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile