November 26, 2014

Apa Cita Apa Cita

Salam
Apa cita, apa cita? Mai nak cita...hihi
Musim ujan nijam kan...sejokkk. Cuti sekolah pon dah setat dah nih, maka kebizian la sikit mama mithali nih (uwekk). Dah tiga hari masuk opis lambat. nak tinggalkan anak-anak kat umah bukan leh tinggal gitu je kan..memacam pesanan penaja huh. Mujur bos takde minggu ni, boleh le sesantai sikit haha. Wiken lepas ada sesapa pi MAHA ka? Memang menarik sana tapi kali ni saya tak gi pon, keja lorr. Tapi cik asbem pegi bawak anak-anak besau. Si kenit sado ni mama hangkut pi opis. Tengok la apa keja dia buat hihi...

Mencarik harta karun hihi
Balik keja sempat le memenuhkan IOI City Mall kat Putrajaya. Baru bukak kate...saje je jengah-jengah. Memang padat le ngan manusia-manusia. Seluas-luas dan sebanyak-banyak parking lot pon penohhh...gile la semua orang nih.  Ecehhh macam le kite yang pi ni tak gile kan..dua kali lima aje kih kih. Dah sebegitu gamai, kejap je la kat sana tu. Luas nau tempat nya, kami sempat ronda setingkat dan sebahagian je. Tunggu le nanti-nanti dah reda sikit pi lagi sekali. Ice skating hall pon tak pi. 

Hadif tu letih nau, konsert baru start dia dah zzzzzzz

Esoknya, iaitu hari Ahad, ada graduation and consert day tadika Afiya. Afiya belum officially graduate, 4 taon baru kann. So dia involve dalam persembahan konsert je le. Pagi dah kena anta dia ke  Auditorium kat parcel E KPM putrajaya. Ada reaseal dulu sebelum start konsertnya petang tu. Mama antara caya ngan tidak je dak afiya nak perform nih. Dia kan pemalu terlampau kat skolah...

Costume nya...ala-ala tarian red indian

Sekali tengok....Wah!!! Excellent....sungguh tak menyangka! Terharu mama dia. Kembang kempih idung nengok afiya. Siap hapal sume step..memang impress la mama papa. Mama siap lambai-lambai lagi lepas dia perform. Video dia kakak ada rakam tapi panjang sangat, pastu ada blur sikit. Tak leh nak duk rapat ngan stage, zoom pakai kamera henpon je. Kurang la kualitinya. Gamba pon sama, banyak yang shaking-shaking kakak dia snap. Tunggu la nanti ticer share kat FB wall Tadika ABC. 

Tu diaaa..kemain rancak....

Mama pon sempat le kena paksa amik gambau kat karpet pink...kelako! Sebenarnya ticer dah inform tema aritu adalah 60an, 70an atau 80an. Tak kuase le mama nak bertema bagai...belasah jek! Konon nak buat ala-ala fesyen vintage tapi ntah apa le jadiknya. Tak menang maknanya tak meletoppsss la kann...fesyen opsss ekekekeke

Nak tiru sharip dol konon ahahahaha

Tapi event ni lama sangat, Syaqir sampai dan tido bangun dua kali tak abih-abih. Student gamai nau sebab Tadika ni dah ada 3 branch. Patot ticer kena pecah dua. So tahu-tahu je la, datang ngan family kan..dah tak duduk diam anak-anak lain walaupun auditorium tu selesa. Perot pon dah lapa, mahunya tak dari kul 2.30 sampai enam lebih baru habis. Patu nak balik tu hujan lebat pulak. Bersesak pulak kat luar auditorium tu. 

Tak grad pon dapat hadiah..

Apa pon salute la kat ticer-ticer semua yang berjaya membimbing anak-anak nih. Peringkat perbelajaran yang paling mencabar sebab nak kena bermain dengan emosi anak-anak kann. Kita kat umah pon tak tahan kadang. So, Afiya next year still kat sini lagi, malas mama nak tukar-tukar. Dia pon dah start suke ngan ticer ngan kawan-kawan kat sini. Bimbang kalau tukar, amik masa lama lagi dia nak adapt ngan environment baru. 

November 19, 2014

Jumpa Kawan Lama

Salam, cerita jumpa kawan lagii. Saya share sini pasal tak mau detik itu hilang gitu jek. Kali ni jumpa kawan sekolah dulu, ex SDDSian (Sek. Dato' Dol Said). Kawan saya yang ni last saya jumpa masa skolah la. Lepas SPM memasing bawak haluan sendiri. Ni gamba kitorang masa form 4 tahun 1991. Kawan saya, Emmy Fadzillah, pengawas yang duk tengah dalam gamba bawah nih. Saya? Sebelah Emmy, bukan pengawas hihi. Lain kannn?? Zaman remaja saya yang comot dan sangat low profile. Tapi bile sembang-sembang kat grup kebanyakkannya kenal saya, tak sangka dalam diam-diam, comot-comot pon dikenali gak. Terharu!

Mahap gamba kelam...gamba lama kate hihi

Sejak grup ex-SDDSian class of 92 ditubuhkan, ramai la jumpa balik kawan-kawan skolah. Tapi cuma sembang-sembang kat tepon je la. Jumpanya hanya sempat sorang dua. Tu pon sebab derang lalu-lalu area opis saya nih. Kalau official jumpa blum lagi. Emmy ni ada bukak gerai kat RNR Pagoh menghala selatan. Punya la selama ni singgah tiap kali balik kampung, tak penah pulak terjumpa. Bile dah tahu baru le beria mencaik dia. Last wiken ada kenduri kawen kazen asben saya kat Kluang, memula asben saya kata takkan lalu Pagoh, masuk Tangkak sebab nak ke Labis dulu amik mak mertua. Tapi sudahnya dia lalu gak Pagoh pasal mak dia pesan tunggu kat umah. Sebelum ini ingat nak jemput dia kat klinik dialisis aje. 

Emmy...mimi ^_^

Alhamdulillah!! Kire rezeki saya la nak jumpa emmy. Laju-laju watsap kata saya nak singgah. Emmy pulak ingat saya tak jadi singgah buat lengah le ke kedai. Saya kena tunggu dia kejap, dekat je umah dia ngan kedai tu. Seronok tak terkata!!! 22 tahun bayangkan tak berjumpa. Nampak tak jauh beza pon wajah dia cuma saiz le tak tak cute macam dulu, alah saya pon sama hihihi...
Asben saya pon macam kasik can la kitorang sembang...makan minum free la kann, kedai member kata hihi. Terima kasih le pada admin yang menubuhkan grup nih dan menyatukan kami kembali. Insyaallah, kami tengah plan reunion besar-besaran...seronok sangat!!! Speechlesss!

Penuh bangku..hadif je tak de :P

November 18, 2014

Melayan Budak Demam

Salam, cuti kecemasan arini. Dak Syaqir domam la pulak. Ni first time dia demam. Selsema asalnya, melarat pulak ke demam. Dah dua malam meragam, mama dah mata panda dah nih.
Pagi ni pon kemain susah nak tido, kejap nau dah bangun, tak sempat mama dia nak wat pape. Ditinggalkan nangih! Lapau dah perot. Solutionnya masukkan dalam carrier, terus zzzzzzz. Sempat dah mama masak, kemas umah pon. Dah lena tu kita letak bawah pon tak sedar dah. Nak tidokan dia memang susah sikit sekarang, mujur ada carrier tu, memang banyak membantu. Ni pon hasil pemerhatian dan pembacaan sejak join kelab babywearing. Sesambil tunggu dia bangun, sempat mama update belog ekekekeke..

November 17, 2014

Jeruk 'viral'

Salam
Ececewahhh tak mengalah kann..nak gak buat. Terliur kot nengok gambau jeruk tu. Sana sini orang buat, siap ada yang dah berbisnes. Lahaii pada kita, takat jeruk tu buat sendiri je la ek. Bahan-bahan dia pon tak susah mana nak carik. Itu yang gigih kita membuat tu, beli mangga 2 bijik je pon. Terai test dulu kann. Potongan tu main hentam keromo pasal nak cepat, takde le cecantek mana, alah nak telan sendiri je kan. Lagipun taim ni Syaqir dah bising nangih kat kaki mama dia, saje nak cipta alasan ek kikiki.

Arini kita super ngantok, semalaman tak tido. Abang sado kecik kita tu meragam, dia selsema. Ni mama dia tengah layan mata la nih, teringat jeruk glamer ni sego sikit mata. Masih fresh lagi, baru buat malam tadi. Balik keja ni kang leh le rasa. Selamat mencuba semua...kih kih eksen :P

November 13, 2014

Rakan Sepermainan

Salam..
Aktiviti hari sabtu lepas, mama turn keja. papa dia pulak kena attend sekolah abang Hadif jadik takde sapa nak babysit abang sado kecik kita nih. Nak tinggal kat kakak dia memang tak caya langsung. Dari kita susah hati ingat kat dia di umah nun, baik kita hangkut sekali dia pi opis. Kebetulan, Aishah pon asben dia ado program, dah macam nurseri opis hari sabtu lepas tu. Syaqir ngan Mahfuzah beza umo dua bulan jek. Nak sama besar dah kann.


Bila dah ada baby nih, tau-tau aje lah, takde mananya buat keja pon. Best lagi memain ngan dua baby nih. Bila anak tido, capai la apa-apa patut, kemas-kemas sikit opis, selebihnya berborak hihi. Mujur boss tak mai ari tu kalau tak terkejut dia opis ada ramai kekanak. Mahap ye cik bos. Nor pon bawak anak dia yang besau. Meriah kann! Bos pon tak leh nak komplen, dah memang taska tak bukak sabtu, ibu-ibu nih memang harapkan bapak-bapak je la menjaga anak. Kot derang ade hal, kena hangkut le sekali pi keja. Suke ke tak memang kena hadap la kan. Nak amik cuti hari sabtu alang kepalang sangat. Rugi! Walaupun keja separuh ari kire tolak cuti sehari. 

Berebut nakkan key chain loceng kat beg tu hihi

November 11, 2014

Asalkan Kita Yakin

Salam
Ececehhh nak selfie tu, selfie je la kannn siap nak bagitahu yakin la hape ek. Selama ni blasah je pon kannn...hihi. Saya saje le nak share ngan korang, bukan le jelita sangat akak ko ni tapi kalau akak yang tak jelite ni dah feeling jelita apatah lagi korang yang jelita kann...harus la tambah-tambah comelssss

Dah berminggu gak nengok orang review, last-last terasa nak cuba sangat. Sebelum ni mana ada tepek apa-apa pon kat muka, tumpang bedak apiya jek :P
Tapi termotivasi nak nampak presentable (wahhh!! ekekeke) sejak nengok che ta pi bilik bersalin pon mekap tauuu..kau mampu?? Akak ni memang comot-comot hamekk....kot ado yang yang pandang negetip bile che ta bagitahu dia mekap, lantak laaa tapi akak terus rase termotivasi tau! Maknanya dia sentiasa dalam keadaan bersiap walau ke mana jek. Kita nih? Pegi opis pon serabai..kat umah apatah lagi kann. Nasib asben tak pandai nak carik lainn eehhh konfiden nampak hihihi

So motip cite panjang adalah nak bagitahu kita baru terai BBcream SQB. Memang terbest! Tak terasa ada krim dimuka yang penting menten jek muka dari pagi sampai tengahari, walau dah 2-3 kali kena klua pi bank la, balik nengok anak kat umah. Cuci pon senang. Meh le reramai menjelitakan wajah, dijamin tak mengecewakan, insyaallah. Nak beli mana? Korang gugel la yek...akak beli kat kak iranoh, caik instagram dia. Adik beradik dia pon ada, ceeranoh, sepet atau viruspadu :))

#seqybeauty
#sajetaknakcloseupmukakangkataeksen
#syoksendirilagi

November 10, 2014

AlHusainy In Action

Masa awal-awal pandai merangkak

Salam, wahh pak arab mana la nih ye. Ni antara nama-nama yang selalu dipanggil oleh makcik dia. Alhusainy lah..muhammad syaqir la..alsyaqirin pon ada. Ikut suke le kan...yang penting bermaksud baik. Sebelum ni kan saya dah bagitahu yang dak syaqir ni agak laju progress dia banding dari abang kakak dia. Start enam bulan dia dah leh merangkak, duduk baru seminggu ni pandai. Pelajaran baru nak berdiri pulak. Semuanye dia nak kejar buat. Tak menyabau ek hihi.

Pagi bangun kemain awal, jadik alarm kat mama. Pastu merayau satu bilik. Mama pon kekadang dalam pada duk perati dia pon terlolap gak kadang haha. Dah le dia bangun tiap sejam nak susu. Mana le tak ngantok manjang mama.

Baju ni nenek yang belikan masa hangat world cup dulu, banyak-banyak negara nenek pilih Brazil, Neymar lak tu. Pandai nenek pilih kann hihi...

November 6, 2014

Awas Cermin

Salam,
Awas tauuu...ehhh apa-apa je la kita ni :P
Tapi serius nih..citenye kann..tu ari dapat gambau orang selfie kat cermin, dia snap gamba membelakangkan cermin, patut kat cermin gamba belakang dia la kan, tapi tapi tetibe bleh plak muka dia terpaling ke belakang. Huaaaa scaryyyy ry ry ry!!!
Kite terus delete gamba tu, tiap kali duk depan cermin terbayang-bayang gambau tu huhu mencikkk. Nyesal tengok tauu. Kebetulan di hari sebelumnya kita ada amik gamba depan cermin. Tu yang tetibe nebesss, k dah tu jek nak bagitahu...ekekekeke...hujan lebat sini, kot dapat tido pon sodapppp :P

#pondokmerahjambu
#selfiedepancermin
#syoksendiri

November 5, 2014

Enam Bulan Yang Dinanti

Salam
Beralih ke bulan November dah yekk...November please be nice to me...ecehhh selalu nengok orang update gitewww (baca gitu), pon budaya gak eja-eja gini...suke lettew ikut-ikut orang kann hihi. Semalam tertekan canel KSB, tertengok cite korea nih, tersnap pulak gamba nih dan ehh terasa macam sesuai jek caption tu ngan saya yang jarang-jarang update kann ekekeke...ooohhh rindu sangat nak layan cite korea.


Arini mintak laluan nak cerita pasal budak syaqirrr...makin membesau bagai johan dah dia. Orang keliling rase cepat tapi yang membesakan dia rasa lambat. Duk menghitung hari, bile nak nam bulan ni dik. Benaunya mama dia dah exsaited nak bagi makan. Elehh poyo ek kikiki. La ni dia dah pandai merangkak dan duduk, tengah praktis nak berdiri lak. Laju nau pencapaian mu anak. Memang nak mendera mama le tu.

Duk dalam ni manjang layu jek mata hihi

Sekarang dah nam bulan lebih dah. Yeay dah buleh makan. Akceli mama dah terbagi awal sikit, 3-4 ari sebelum nam bulan. Dah tak menyabau sangat nak makan. Mama bagi je la hihi. Awal-awal ni rajin lebih sangat mama dia, dapat la buat puree. Konon! Dedulu abang kakak mama bantai jek bagi cereal. Ok jek ponn...kurang ilmu masa tu. Lagipun macam trend pulak pemakanan bayi sekarang awal-awal bagi puree. Sejak dah cerdik sikit nih, homemade la sume makanan syaqir. Apiya pon sama gak dulu. First expression...Alhamdulillah boleh dia terima puree tu..tapi memang sedap pon, sesambil buat mama pon tumpang sesudu dua hihi. Setakat ari ni dah berjaya 4 day wait rule untuk apple, pear ngan manggo. This week pumpkin, pon sodappp :P

Macam-macam reaksi..mama lambat nau, tarik sudu sendiri haha