Salam..
Aktiviti hari sabtu lepas, mama turn keja. papa dia pulak kena attend sekolah abang Hadif jadik takde sapa nak babysit abang sado kecik kita nih. Nak tinggal kat kakak dia memang tak caya langsung. Dari kita susah hati ingat kat dia di umah nun, baik kita hangkut sekali dia pi opis. Kebetulan, Aishah pon asben dia ado program, dah macam nurseri opis hari sabtu lepas tu. Syaqir ngan Mahfuzah beza umo dua bulan jek. Nak sama besar dah kann.


Bila dah ada baby nih, tau-tau aje lah, takde mananya buat keja pon. Best lagi memain ngan dua baby nih. Bila anak tido, capai la apa-apa patut, kemas-kemas sikit opis, selebihnya berborak hihi. Mujur boss tak mai ari tu kalau tak terkejut dia opis ada ramai kekanak. Mahap ye cik bos. Nor pon bawak anak dia yang besau. Meriah kann! Bos pon tak leh nak komplen, dah memang taska tak bukak sabtu, ibu-ibu nih memang harapkan bapak-bapak je la menjaga anak. Kot derang ade hal, kena hangkut le sekali pi keja. Suke ke tak memang kena hadap la kan. Nak amik cuti hari sabtu alang kepalang sangat. Rugi! Walaupun keja separuh ari kire tolak cuti sehari. 

Berebut nakkan key chain loceng kat beg tu hihi