Salam,
Percutian kami yang paling terhebat la kunun *mata kat atas*. Sebelum ni kan saya ade hint pasal fly..fly, i believe i can fly la bagai, haaa ni le yang dimaksudkan tu kikiki.

Plan nak bercuti pon dua minggu sebelum cuti sekolah. Memang ari isnin dan selasa minggu pertama cuti sekolah, mak piya (babysittter) nak cuti, alang-alang mama terpaksa cuti, tu yang tertimbul idea cecuti mesia nih. Kami main watsup-watsup je pasal nak cuti nih, saya ngan Mrhubby dan di luar pengetahuan anak-anak. Surprise!!

Di sebabkan last minit plan, keja booking membooking jadik tak berapa seronok. Banyak hotel dah fully book, dah cuti sekolah kan. Flight pon dapat yang time tak berapa best tapi tak pe la, asal pegi kan. Setel sume, saya pon amik la cuti extra kan. Nasib baik 'mem' ok jek. Approve je coti mula la kelam kelibut siapkan keja sume. Hongeh! Memang tak mampu la nak siap semua tapi sekurang-kurangnya tak tinggalkan semua, eh apakah? Adalah sesikit tinggal yang tak berapa nak penting la.

Alhamdulillah apa yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Yang penting anak-anak happy. Mana derang nak pi kami layankan, kat pulau tu la maksudnya. Shopping pon tak berapa, adalah sikit untuk family ngan kengkawan. Lepas nih tah tahun bila la nak ada cuti yang hebat-hebat lagi. Tunggu piya besar la kot, tak dayo mama ni ha, asek mendukung dio. Ber'muscle' longan..hahaha
Silo la layan gamba kami yang tak seberapo ni ha. Jangan muntah yo, maleh nak asing-asing. Sekali harong yo :)



Kat LCCT tunggu maso nak terobang, 9.00 malam.



Sempat posing sebelum kena sound ngan pak gurad :-P
FA (Flight Attendant) adalah sangat emsem tau..sempat!! Wakakakaka...


Tempat penginapan kami, Bella Vista Langkawi ala-ala castle gitu.


Penunjuk jalan yang mesra alam :)


Kenderaan kami, comey kan! Nissan March


1st destination: Bird Park


2nd : Crocodile farm




3rd : The Oriental Village. Nak naik cabel car tapi orang tersangat ramai, postpone esok. Pujuk hadif naik keta kuda 


 4th : Underwaterworld (tempat favourite hadif)




Day 2 : Pi Oriental Village lagi..demi hadif yang teringin nak naik cabel car hahaha. Mama tak heran sebab dah penah naik dulu ngan aisyah.


Hadif dah takot, mama saya nak balik hihihi 




Kat Oriental village lagi, amik package Duck tour, kenderaaan dua alam, laut dan darat.



Harbour park, banyak kapal mewah dan cantik. Pasni plan cecuti naik cruise la plak kann hihi


Mercu tanda: Dataran Lang. Wajib bergamba, sat gi orang tak caya pi langkawi :-P



Aktiviti wajip :)




Pulang sudah, tamat la percutian 4D3N kami. WE LOVE LANGKAWI :)


Cuti 5 ari tros muko bulat macam kuih pau akakakaka



Langkawi airport, sempat main lagi adik beradik nih. Tak dayo mama nak menogah, buek cam ghumah sendiri la plak hahaha


Now, eberi one ken felai hik hik