December 21, 2011

Under Renovation



Kerja tertangguh disebabkan benda ni. Adoi la..account dah la nak banyak buat closing. Sila la beri kerjasama untuk segera menyiapkannye yek. Sekian.

December 19, 2011

Chipmunks, here we come ^_^




Horay..mission menonton Alvin tercapai jugak akhirnya. Dengan pelbagai halangan. Halangan la sangat. Server booking slow tu aje pon hahaha. Dapat la jugak bagi bebudak ni happy sebab sibuk duk komplain tak pi memana time coti skolah nih. Piya pon senyap je tak banyak kerenah. Mungkin sebab cite peberet dia haha.

Protege Mama



Nampak tak? Kecik-kecik dah pandai. Ni la akibatnya kalo pepagi asek teman mama. Walaupun mama tak berapa nak menyolek lah tettt~

December 14, 2011

Wedles Wednesday: Potret Keluarga

Keluarga kecil saya, semasa majlis graduasi adik bongsu. Syukur alhamdulillah..



* Kualiti kurang memuaskan sebab terima melalui khidmat pesanan media (MMS) ^_^

November 30, 2011

Aisyah Graduation

Entri bergambar saje. Selesai sudah pembelajaran aisyah di alam tadika dan bakal memulakan langkah baru. Semoga berjaya aisyah comel.

November 29, 2011

Salam Tahun Baru

Rasanya belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 1433H. Moga tahun baru memberi kita lebih banyak keuntungan dan keberkatan :D

Azam saya ingin bebas dari belenggu penipuan. Mengapa? Biarlah ia menjadi tanda tanya sebab kebenaran itu amat menyakitkan.

November 23, 2011

Wedles~

Wedles = kurang word kan?

Ini la punca lama tak hapdet hehe


November 14, 2011

Hambamu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

November 12, 2011

Dah sampai masa

Kopipes from my cousin facebook wall...

Yan Azna
my cheerful brother Salihin Aziziuddin menghadap ilahi around maghrib 11.11.11 waktu malaysia, not sure exact time kat qatar dlm pkl 4 kot..time tuh a.ain tgh main game kat padang..Allah pinjamkan abg in utk 41thn jerk..abg yg sgt baik..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..

afiq, aliff, anaz & adham..sangat muda u all merasai kehilangan ayah..be strong...

Untuk info kawan-kawan abg, jenazah akan di kebumikan di Qatar as his wish...kata abg. kalau sampai ajal dia kat sana..kebumikan je di sana. My mom & anak sulung my abg. akan naik flight qatar airways..pkl 10 nie...2 tiket je yg available....mohon doa semoga anaknye & my mom sempat tgk my brader/ayahnye buat kali terakhir.

tq pd kawan2 abg ain di qatar yg banyak membantu


Takziah buat Kak Mar (wife abang ain) dan Mak cik Munah (ibu abang ain), moga tabah menghadapi hari depan. Al-fatihah

November 11, 2011

Saling mengingati (^_^)

Tiada apa-apa keistimewaan pada tarikh 11.11.11. Aqidah Islam bukan terletak pada nombor. Berhati hatilah dan jangan terpengaruh dengan hal sebegini. Jangan meletakkan sesuatu yang tidak bermakna sehingga merosakkan aqidah,na'uzubillah. (RT: ShamKamikaze)

Selingan:
Maksud firman Allah:
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat. (Al Fatihah:1 - 9)

Nota kaki: Bertuah atau tidak kita tak bergantung pada nombor. Pada saya setiap hari adalah bertuah kerana masih di beri peluang bernafas.

November 10, 2011

Aku terima nikahnya

Nampak mudahkan. Tapi jangan di ambil mudah, kasihani dan sayangilah suami kita.


Sumber: PenyuXp

Cari kelemahan diri

Berhentilah mencari kesalahan orang lain, kita pun terlalu banyak kelemahannya. Adalah lebih baik jika kita muhasabah diri sendiri banyak-banyak.

* Retweet: ShamKamikaze

November 1, 2011

Bila hati tidak lagi di situ

Hurmm agak sukar nak di terangkan namun apa yang pasti secara pelan-pelan semangat saya kian mendatar dan semakin merudum. Bagaimana nih? Tak pe la yang penting semua back-log akan saya bereskan secepat mungkin dan menanti detik yang saya tak pasti bila berakhir ini memang amat membebankan pikiran. Inilah jadinya kalau hati tidak lagi disitu.

Setelah empat tahun

Alhamdulillah pada 291011 kelmarin adik lelaki saya telah berjaya menggenggam segulung ijazah di bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) setelah 4 tahun belajau. Tahniah busu ayie.

Dah takde mende nak main, rantai dijadikan buaian.

Muka dan berkilat dan melekit, cuaca tak menentu.
Dapat lah seketul gambau ngan graduan, nak ujan balik tu yang tangkap muat aje

Ngan anak-anak buah, tak sempat nak susun.

Nak menerai topi busu tapi malu

October 28, 2011

Puzzle

Permainan yang paling di gemari Hadif. Walaupon baru dibeli, cepat jek dia pasang balik. Tapi yang best hanya puzzle yang bergambau binatang aje yang menjadi pilihan.




Mama awalkan

Lambat lagi kan nak cuti sekolah? Tapi mama dah bagi Hadif cuti awal sebab:

1. Dah tak de aktiviti kat sekolah, kut ada pon hadif banyak tak terlibat asyiklah direhatkan ;p
2. Hadif pon tak de perasaan nak sekolah
3. Cikgu pon siap 'advice' cuti
4. Mama dah malas nak ulang alik hantar dan jemput
5. Mama malas lagi hahahaha

Jadiknya, Selamat bercuti buat hadif...

October 20, 2011

Tak berniat

Sambongan entri Ia dah jadi isu sensitip

Tak berapa lama dulu saya penah post status pasal nak menerai PB (premium beautiful).

Sumpah time tu saya memang tak berniat nak mengecilkan hati mana-mana pihak hanya menyatakan hasrat dan kegedikan saya sahaja. Ye la saya gamai gak kengkawan bersaiz besau, makanya saya mintak mahap la kot ada yang terasa. Saya memang tak berniat. Saya memang teruja nak mencuba sebab utama hanyalah nak mengimpihkan pewot saya yang dah selambak hahaha. Sejak melahirkan piya memang saya kurang menjaga tu yang jadik badan naik. Pantang pon sendiri-sendiri, jadik banyak la mengelat berbengkung. Makan pon tak beringat. Siyes, berat badan memang tak penah cecah 50kg time dedulu. Tapi sekarang dah naik banyak walupun masih di tahap ideal. Nak turunkan punyalah payah. Target hanyalah nak kempih kan pewot aje, berat badan tu kire boleh diterima lagi. Dari sinilah puncanya nak pakai korset tu. Ok, sekian harap maklum ^_^

October 19, 2011

Asam Rebus

Salam
Berkongsi resepi lagi, kali ini menunya asam rebus keladi. Memang kegemaran seisi keluarga. Berhirup mangkuk :p

Bahan-bahan:
Batang keladi dan isinya sedikit kalo suka (dipotong2 dan direbus hingga empuk)
Bawang merah-ditumbuk
Halia-ditumbuk
Cili Merah (saya lebih kenal dengan nama cili hidup)-ditumbuk
Ikan Bilis- ditumbuk
Air Asam Jawa
Asam keping (untuk lebih masam)
Garam secukup rasa

Caranya: Stail saya amatlah senang, saya camporkan semua bahan di atas dan rebus sekali. Tunggu mendidih. Siap ^_^

Ini adalah version tak pedas, berkorban demi piya ;D

Babai mesis, babai celecom

Say gud bye to them
Sekarang saya sedang bergumbire dan berchenta dengan......


7.2G = RM48

Berbaloi-baloi ^_^

Wordless Wednesday: Moga mustajab~

Dalam proses pengempisan dan penahanan napas; moga mustajab :p

October 18, 2011

Tomyam crunch

Wowiee tomyam cruch suda berada di pasaan kepci lorrr. Baru makan tat sat ngan hadif. Tapi for me, I'm still in love with the original resepi. Tak de tolok bandingan. Hahaha..

Sumber: Kepci

Manjakan muka

Salam~
Tak silap pengiraan dah dekat setahun tak memanjakan kulit muka nih. Lamanya..muka pon nampak tak terurus. Sekilas nampak cam ok..ok..tapi kalo perati bebetol, gile banyak jeragat, jerawat dan segala macam spot haha. Oleh kerana wiken ni cam stress maka plan la nak buat facial. Tapi sendirian berhad jek. Mana sempat nak ke salun, spa sume. Pakai produk pon murah-murahan je asalkan bersih dan menegangkan kedut sket hahaha.

Jenama ini memang favourite saya sejak jaman keremajaan lagi.
Mask plak tak penah kekal. Macam-macam jenis saya belasah, asal tak memudaratkan. Kali ni yang ni yang menarik minat.

October 15, 2011

Dah sah!

Akhirnya, ia telah menjadi milik sah saya. Alhamdulillah, syukur tak terhingga lagi. Tapi saya belum berkesempatan merasmikannya lagi. Saya memang tak mempunyai lesen B tapi takat redah dan merempit ok je kot. Cume dah bertahun kot tak terai dan ada ketakotan sedikit di situ hahaha.

Bergambar kenangan dengan gadis-gadis ariani. Diarong yang terover happy sebenarnya :D

Leader are born not made

Pergh..tajok omputeh tak henggat. Sadis sey..I really need a shoulder to cry on. Sapa sudi?? Sob sob...
Ni sume tak lain tak bukan kes kena dengau taklimat puan bos. Adoiyai! Dah 2 kali jumaat saya terpaksa pulang lewat dan paling lewat ok. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk pastikan mereka dan mereka segan serta mendengau arahan dari saya. Kes minggu lepas pasal stay-back. Kes minggu ni pasal time off. Hurmm..serba salah sebab saya pon pekerja dan lemah gemalai pulak. So apa-apa yang saya cakap tak mengerunkan mereka tapi bila ditegur dari majikan mereka akan rasa gentar sebab majikan berkuasa. Saya memang seorang yang amat bertolak ansur dan sebab itu jugak mereka sering meletakkan saya dalam situasi serba salah. I only can verify not approve.

Makanya disini jelas la saya telah 'gagal' dan satu jek yang buat saya tenang "LEADER ARE BORN NOT MADE" titik.

Mode: Weekend yang tertekan

October 11, 2011

Alhamdulillah..terima kasih

Alhamdulillah ^_^

Berbaloi saya melebur ratusan ringgit untuk tudung itu. Sungguh tak sangka masin mulut my hubby yang duk sebok kata nanti saya dapat motosikal tu. Dan memang saya adalah antara yang bertuah. Sangat teruja ok. Pertama kali dalam sejarah hidup saya menang cabutan bertuah. Sungguh terharu dan berterima kasih lah pada yang mencabut nama saya antara ratusan orang. Walaupun belum dapat secara rasmi disebabkan proses pendaftaran tapi saya dah tengok dah motor bertuah saya itu. Anak-anak tumpang gumbira jugak. Syukur alhamdulillah. Terima kasih penganjur.

Kegembiraan menenggek kat motor mama, walaupun tak rasmi lagi ;p

October 7, 2011

Suke suke suke

Video kesukaan piya dan menjadi tontonan dia setiap pagi, sementara menunggu mama bersolek. Tapi kat gambau tu piya tangah layan lagu raya, versi upin ipin ^_^





Bajet

07102011 hari pembentangan bajet 2012, haruslah kecoh nak tau kan tapi untuk saya esok kot baru tengok kat surat kabau. Nak tengok tb tok leh dengau kat radio cam tak syok. Kalau tak buleh gak join tepok-tepok meja ahaks. Macam le ada bahgian ko ;p

October 5, 2011

Simple celebration

Terima kasih pada 2 rakan pejabat, fatin dan ewey yang menghadiahkan kek dan sesama menyambot besday saya. Walaupun kita bertiga opss berempat campo huda sebab yang lain coti huk huk tapi ia sangat bermakna bagi akak. Akak sangat terharu ok. Thanks korang.


To Fatin, this entri was so sweet and touched me a lot...maklum la tak lama tak menyambot besday hahaha..terasa ketuaannya pun aduiii.


October 4, 2011

Menang Motor??

Macam mimpi ajer...malam tadi ada panggilan dari Ariani bagi tau saya menang cabotan bertuah, dapat motor. Boleh claim hadiah next monday 10/10/11..BIAR BETIK???? Oww saya tidak mempercayainye pun aduiii...berulang kali saya tanya adik yang cal tu..ye ke, ye ke?? Alhamdulillah rezeki..

(edited: masokkan gambau dari surat kabau)

Masakan Tradisi

Sambal tempoyak..korang tau ke? Tak tau ler nama lain baginya tapi dikalangan kami memang femes ngan nama tu. Kalau ada kenduri kendara memang tak lepas lah mesti ada lauk nih. Rasanya pedas, manis dan masam tempoyak. Bahannya simple jek:

* cili api (blend)
* pucuk ubi (dihiris halus)
* daun kunyit (dihirs halus)
* ikan bilis (tumbuk)
* serai (blend)
* petai
* cili merah (hiris)
* santan
* sedikit kunyit
* garam secukup rasa


Caranya simple aje, rendamkan pucuk ubi dengan air panad kasik lembut pastu satukan kesemua bahan kedalam periuk dan masak. Tunggu hingga didih dan terbit minyak. selesai sudah.

Saya selama ni memang tak penah masak sendiri mesti dengan bantuan mak, pertama kali cuba minggu lepas..alhamdulillah menjadik.. korang cuba lah. Dijamin sodappp :D

October 3, 2011

Jepun dan kite

Sharing sumting from my fren fb wall..

LATAH KAMBING..

Sebenarnya orang kita tidak jauh berbeza dengan orang Jepun. Kalau berbeza pun sedikit jer…

Sedikit jer?

01. Orang Jepun sikit-sikit bekerja dan sedikit berehat, orang kita sedikit bekerja dan sikit-sikit berehat.

02. Orang Jepun sedikit mengeluh, orang kita sikit-sikit mengeluh.

03. Orang Jepun sikit-sikit belajar, orang kita sikit belajar.

04. Orang Jepun sikit makan, orang kita sikit-sikit makan.

05. Orang Jepun sikit-sikit berfikir, orang kita sedikit berfikir.

06. Orang Jepun sedikit kecoh, orang kita sedikit-sedikit kecoh.

07. Orang Jepun sikit-sikit lagi memenangi piala dunia, orang kita sikit-sikit ingin nak piala dunia tapi lawan Kemboja pun kalah.

08. Orang Jepun sedikit berbual, orang kita sikit-sikit berbual.

09. Orang Jepun sikit-sikit menciptakan teknologi, orang kita sedikit yang menciptakan teknologi.

10. Orang Jepun sikit-sikit eksport barang ke sini, orang kita sedikit yang eksport barang ke Jepun.

September 28, 2011

Sekali lagi


Salam~
Korang dah tengok ke cerita tuh? Sekali lagi tu la..

Saya ni bukan la penkritik filem yang bertauliah namun apa yang saya rasakan tentang filen tu mungkin tak sama ngan korang. Saya memang agak kecewa dan terkilan sangat bila tengok cerita tu dan yang paling saya tak puas ati adalah motif cerita tu. Arman (Sam) tu bukan la berpenyakit autistik. Dia lahir sempurna. Pembedahan tumor (kalo tak silap) yang jadikkan dia cacat gitu. Kekadang tak paham mengapa pangarah atau penerbit tak mengambil kira pasal sensitiviti atau paling tidak membuatt sedikit kajian mengenai autistik tu. Ni kes nak kaut untung jek. Malas saya nak komen memang tiada bintang langsung. Kalo sakit otomatik tu kena la kot ngan watak tu. Ishh..macamana orang lain nak tau keadaan seorang autistik yang sebenarnya kalo dah cerita pon main belasah jek. Asal cacat autistik..Tuan producer sila la buat kajian dulu ok. Paling tidak cuba tengok dan contohi cerita korea marathon tu...cerita tu memang betul-betul menggambarkan autistik yang sebenar. Maaf lah saya memang kecewa sekali :((

September 27, 2011

Malang tak berbau

Memang betul sangat la perumpamaan itu..
Kesian afiya, sekali lagi dapat kecederaan, minggu lepas kat pasir gudang dapat tanda di dahi. Minggu ni baru parut lama tu nak hilang tambah plak lagi.
Sabtu lepas kami pi beraya rumah mak cik. Nak dijadikan cerita piya naik kereta dulu ikot kakak-kakak dia dan duduk belakang. Kebetulannya dah malam, mama plak duk syok lagi menyembang ngan makcik kat parking lot tu. Tiba-tiba dengar sura piya nanes jek dan dah tergolek kat jalan. Mama pon apa lagi tros lari dukung piya. Abangnya tak perasan piya duk menyandar kat pintu kereta dia nak masuk keta main bukak je pintu. Nak marah pon tak guna benda dah jadik. Lama jugak nak menenangkan piya. Dalam gelap tak nampak la lukanya kat mana. Dia duk pegang-pegang kepala. Sampai rumah mak cik kat Shah Alam baru la telek-telek luka, dettolkan dan sapu ubat. Mujur tak pape. Esoknya baru piya demam, may be sebab terkejut. Bawak pi klinik alhamdulillah tak de yang serius. Demam pon semalam dah ok cume parut ada lagi. Semoga afiya terus kuat sekuat namamu. Amin


September 21, 2011

Personaliti

Ehem, sempena bulan kelahiran saya, saje la nak kopipes perwatakan si september. Ada yang kena tapi ada yang tak. Saje jek nak membangga-banggakan diri (ahaks). Tapi jangan percaya sangat, kot ada persamaan ia adalah kebetulan semata.

Sangat bersopan santun & bertolak ansur>>>sket betol
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik>>>tak kot
Pendiam tapi pandai bercakap>>>>paling tak dipercayai orang ;p
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui>>>sangat betol
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan>>>Betol jugak
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.

Saya juge lahir di bulan ramadhan..10 ramadhan 1395H

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri.Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

September 19, 2011

Seharian berjalan

Salam~
Weekend lepas kami ke selatan semenanjung, Pasir Gudang Johor, rumah mak cik. Musim raya la katakan, ambil peluang jalan-jalan sekali. Plan dari minggu sebelumnya lagi. Ikutkan memang coti aritu tapi kompeni saya tak coti jadiknya lepas keja la baru terhegeh-hegeh gerak. Saing ngan mak sekali. Penat sungguh tapi seronok maklum la dah dekat 6 tahun tak jejak umah mak cik yang sorang nih. Kesian dia, selalu duk komplen orang tak datang umah dia Memang la kan dah yang lain-lain sume kat KL. Dia sorang terasing kat pasir gudang tu. Jadik tahun ni berbunga la sket ati dia. Terima kasih busu sebab sediakan tempat tido dan makanan yang memang sodap. Teraso nak lagi laaa..

September 16, 2011

Wordless Friday~ I'm Blessed


Boley ke? Tak kira nak jugak =p
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan saya bernafas di bumiNYA ini untuk ke-36 tahunnya dan dikelilingi oleh mereka-meraka yang amat menyayangi saya. Saya jua sayang kalian.