Salam, moh la kite cite pasal cuti-cuti mesia kite yang tak seberapa nih. Macam biase lah, tiap kali pi bercuti misti pasal mak piya nak cuti. Walaupun tarikh cuti tu cam tak menarik kann...belum gaji kih kih. Tapi malas nak cuti-cuti lagi nanti. So sini je la percutian bajet kami, bajet ke?? Abih sume yang kat poket besau kecik hihi. Elok-elok nak berangkat, keta plak tibe-tibe tak leh start, bateri kong. Belum pape dah terduga...tapi mujur gak belum jalan kan, kot mati tengah jalan lagi le haru. Selow-selow jek travel, dalam 10 sengah gerak dari umah, cuaca pon suam-suam. Takut gak ujan, tak kemana le gamaknye nanti. 

Sampai Kuantan dalam kul 2, tapi memusing mencaik hotel tak jumpe. Memang tak mesra signboard la sini. Hotel agak ber'star' jugak kan, tapi lagi 2 km baru nampak sign. Ciss apa daaa. Kami pulak kire first taim le sampai Kuantan nih. GPS pon buat-buat mengong, kejap-kejap kua notification kenot detect. Umobile memang tak bekerjasama la kat sini. Dekat sejam rugi, balik-balik masuk jalan yang sama, adoiii..ngam-ngam kul 3 sampai hotel tu, nak cek in tak leh lagi pulak, bilik tak ready lagi katenye..hempeh kann

Macam letih benau le mama tu, ngalah orang drive keta hihi

Sementara tunggu tu, pi la jenjalan tour hotel. Cantek view dia..jakun kejap hihi. Tapi ramai jugak orang. Ingatkan pi tengah-tengah minggu orang takde, lupe cuti sekolah. Piya keje main air, kat lobby tu deco dia ala-ala pulau. Bawah sofa tu ada air. Meriah main air. Lantak la korang. Tengok keliling gamai gak anak orang lain main, takde le malu nau mama korang ni :P

View dari belakang Hotel dan Lobby

Masuk bilik cam biase le, teros nuju katil. Bukak pintu arah balkoni. Terus nampak pool. Berketuntang le memasing nak turun. Bebudak kannn. Bilik kita amik deluxe room, dua single bed. Papa derang pilih sea view, memang memahami le cik asben kite kikiki. Himpit-himpit le korang tido nanti. Dah ini je yang ada taim tu. Lambat booked. Elok gak, jimat sikit haha. Ni kita sempat snap gamba bilik lepas budak-budak turun nak pi makan malam. Nampak le kemas sikit kann. Iron board tu anak dara kite iron tudung, pandai melawa dahhh :)

The Room...siap bawak bekal ko, nampak tak tupperware tu :P

Tak sempat papa nak rehat, bising dah bebudak nih nak mandi pool tu. Piya pon sama. Di congkil-congkil nye mata papa hahaha. Mama malas nak layan, nak tido! Dalam kul 5 baru mama turun pasal tinjau dari balkoni, kakak-kakak tinggalkan piya mandi sensorang kat pool kanak-kanak. Alahhh siyan dia. Mama turun la teman. Pool ada 3 jenis. Satu tuk kanak-kanak, satu dewasa dan yang tengah kecik tu jakuzi. Suam-suam air dia. Sempat le mama berendam kaki situ hihi. Tapi ada had umo, bawah 16 taon tak leh. Tapi macam le life guard sana cek IC kann. Bising! Asek dengar bunyik wisel bile ada jek budak kecik masuk situ. 

Pool kegilaan kekanak

Dah letih duk lam air, mule le lapau memasing. Padahal baru je kul nam lebih camtu. So jom la klua caik makan. Gugel-gugel tempat makan kata kat Tanjung Lumpur best. Samapi sana nengok ada kedai 'Ana Ikan Bakar Petai'. Alahaiii ini kat Bangi pon ada, jauh-jauh jalan takkan nak makan sini. Pi la sebelah dia nama kedai 'Super Top'. Buleh tahan ramai tapi makanan dia....phfjkdjhh...ntah hape-hape rase. Mahal pulak tu! Keciwe di situ. Pasal dah lapa, habih gak le. Gamba pon tak lalu nak amik kikiki. Tu je aktiviti ari pertama. Sampai hotel membongkang sume...

Yehaaaa!! Muke lapau memasing lepas penat berendam