About

Thursday, January 31, 2013

Di Pasiran Pantai

Berjaya jugak akhirnya mengarang entri ini dengan penuh kepayahan. Asal duk depan komputer otak blank, mata layu nak tido. Konon nak suh dak-piya tido dulu, tapi selalunya mama yang terlolap haha. Sempat jugak karang entri back-log sikit-sikit. Free-free nanti tacap dan terbit (kot gajin) hee~

Kan tu ari saya berhajat sangat nak pi laot. Tertunai jugak le hajatnye walau tak dapat ke laut macam yang tergambar di minda. Walaupun tahap kesihatan kurang memuaskan tapi sebab proposal dah approve haruslah saya gagahi. Kalau tunggu len kali memang dah susah nak dapat lah. Kami ke Morib je mulanya, sebab situ je yang terdekat. Tengok-tengok sana macam tak best jek, tros le memanjangkan perjalanan ke Bagan Lalang. Kalau tak best jugak, mungkinkah di panjangkan lagi hingga ke PD??? Hahaaha takde maknenya. Tapi sebelum tu kami sempat gak main lelayang kat Morib ngan makan tengah ari. Cuaca pon sangat cerah.

Berebut-rebut nak main lelayang
Tunggu kakak main lelayang, air laot masih jauh ketengah sana

Sampai Bagan lalang air masih jauh ke tengah. Tak larat le saya. Sementara tunggu air naik, kekanak besar main pasir. Saya layan piya main lelayang je. Seronok sungguh main lelayang kat tepian pantai rupanya. Senang je naik lelayangnye. Angin kuat kate kan. Nampak sangat tak penah main lelayang hihi. Taim tu sekitar jam 4-5 petang. Huii mak! Terbakau kulit muke rase. Bile air dah naik, terasa sangat keciwe pasal airnye, ya Allah kotor giler. Yakk!! Tapi anak-anak saya apa kesah, berdebo gak kat laut tu. Saya pulak teros hilang selera nak jenjalan di tepian pantai.

Sederet orang berkhemah

Sebab dah kepijaran rasa muka, rehat aje lah kat bawah pokok sambil sembang-sembang ngan brader yang berkhemah kat situ. Bestnye berkhemah di tepian pantai. Tak semena-sema asben saya propose next time nak pi berkhemah. Macam nak terloncat klua hati saya, gile tak nak! Memang dah lama ngidam tapi simpan dalam ati jek. Haruslah saya tak sabar nak tunggu detik tu. Bile dan di mana tak plan lagi. Dapat berkenu pon menarik kan. Mula la berangan haha. Best best :-)

Piya pon geli, masuk air pakai kasut 

Tetibe boleh plak terjejak kasih ngan member seblok kat ITM dulu. Menjerit macam nampak hantu kitaorang. Tak sangka! Dah dekat 17 taon tak jumpakan. Kat FB memang la jumpa tapi gitu-gitu je la, in person tak penah sejak grad. Tersenyum-senyum brader berkhemah tu nengok gelagat kami. Sembang tak hengat orang keliling. Padahal saya dah nak balik dah taim tu. Penat asben saya tunggu kat keta, saya tak datang-datang. Gupenya tersangkut nyembang, last-last dia datang panggil haha. Sowi! Tapi tak dapat snap gamba, bateri henpon kering. Tak pe la wajah dia dah terlekat di dalam hati saya hihi. Kegembiraan berganda lah saya hari ni. Berangan gak awalnya nak tunggu sunset tapi sebab tekak dah perit semacam, badan pon letih macam nak pengsan, balik je la. Dalam kul 6 kot balik Bangi semula. Malamnya memang tumbang semua. Keletihan keamatan! Apa pon kami enjoy!!

Tengok tu kekotorannya..berbuih halus macam nescaffe hihi

4 comments:

  1. kami lama x gi pantai!

    ReplyDelete
  2. sesekali gi best kak
    menenangkan minda

    ReplyDelete
  3. owh..mcm ni rupa pantainya ye..tak bestla klau x bersih airnyakn?pantai2 kt trgganu jgkla yg syokkn ? :)

    ReplyDelete
  4. bole lah dari tak de kann
    terengganu mmg tersyiok
    :)

    ReplyDelete