July 31, 2012

Cuti Panjang Sekarang? Memang Sesuai Sangat

Tajuk panjang kemain. Tapi memang itu le saya inginkan semenjak dua menjak ni. Dan saya dah penah pon menyuarekannya pada incik bos minggu sudah.

'Cik, saya nak amik unpaid leave sebulan la'
'Nak buat apa?'
'Saje duk umah jaga anak'
....... Dia gelak je

Emm die ingat saya memain kot. Ikotkan keja opis ada le jugak tapi sebab projek kami idle, jadi tak de le teruk sangat keje. Audit ISO pon dah postpone sebab dokumen duk tersangkut kat site office, payment tak banyak nak kena buat. Cume tinggal nak update-update account, filling ngan HR nya keje jek yang mana memang mengundang kemenggantokkan melampau bile dibuat bulan-bulan posa nih.

Tetibe, petang tadi balik keja bbsitter bagitau; Mi, piya kena chicken pox lah. Dan saya pon, ohh ye ke kak? Emm tak pe la dah nak kena, saya jaga minggu ni. Perasaan saya time tu macam sangat cool dan macam bersyukur jugak pasal dapat le coti samakan. Ahahaha jahat plak rasa.

Papa piya pon tanya jugak kot la nak rotate jaga macam selalu time anak tak de pengasuh. Tapi saya rilek je, tak pe la mama jaga sorang. Dia pon macam heran tapi tak membantah. Jaga piya pon bukan la susah sangat, dia pon tak demam, meragam sikit-sikit je, so tak banyak masalah sangat. Plan coti sampai piya sihat, mungkin tak le sebulan tapi paling-paling dapat le seminggu lebih ke. Hihihi..


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

July 30, 2012

Menu Tradisi

Saya jarang buat posting berkaitan masakan sebab saya memang tak pandai masak. Hihihi...selambe je ngaku. Tapi memang itu le hakikatnya.
Tapi yang ini special sikit. Inilah menu kegemaran abah saya setiap kali berbuka. Hari-hari memang mak akan masakkan untuk abah. Tak jejemu dia. Dan ini diperturunkan dari arwah atok dan nenek saya. Kami panggil bihun sup. Sup yang paling simple. Bodoh-bodoh je, campak-campak je. Kebetulannya digemari jugak oleh kami seisi keluarga walaupun tak sesedap yang mak saya masak. Paling cepat dan senang. Kalau saya balik keja lambat pon masih sempat nak masak.



July 29, 2012

The Twelve

Kami! Oh Anniversary ke ehek  ^_^


July 28, 2012

Bayang-Bayang Illusi

Dulukan saya penah buat posting pasal fakta mimpi.
Takpe saya refreshkan balik ye;

Psychologist fact:
When someone appears in your dreams, it's because that person misses you.

Tapi yang nyata mimpi hanyalah mainan atau gangguan tidor. Takde maknanya orang rindu ke, kita rindu ke. Salah satu sebab mungkin sebab kita banyak berfikir dan keletihan. Nak jadikan cerita, kemarin saya mimpikan seseorang, mimpi yang pada saya agak menyedihkan. Walaupun selama ni, saya tak pernah ambil peduli pasal mimpi saya tapi yang ini sangat mengganggu saya. Nauzubillah! Saya tahu lambat laun saya akan dan terpaksa melaluinya jugak, maksudnya mimpi saya itu tapi.....

Baiklah, sila jangan lalai dengan mimpi sendiri ye.
Sesungguhnya kita wajib bersangka baik kepada Allah S.W.T dan selalu menyakini bahawa tiada mudarat dan manfaat tanpa keizinan-Nya termasuklah mimpi atau gangguan tidur, jin dan syaitan.
Wallahu a'lam.


P/s:  Entri ni saya dah posting pepagi lagi tp tah cane tak klua plak. Heran sungguh! Terpaksa karang balik. Kalau tetibe nampak yang sebelomnya, abaikan je :-)

July 27, 2012

Indahnya Sabar

Allah S.W.T berfirman;
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar" - Surah Al-Baqarah:153

Hidup ini sememangnya dipenuhi ujiankan. Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Di sinilah warna kehidupan. Dan kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-NYA. Ujian itu bukanlah sia-sia. Itulah janji ALLAH. InnAllaha Ma'as'sabireen (Sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar) 


Inilah namanya sabar kan. Kesabaran yang menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya. Saya terfikir dan merenung diri sendiri, ditahap manakah agaknya kesabaran saya selama ini?

Picture credit: Ustaz Azhar Idrus (UAI Fb)

July 24, 2012

Mari Belajar Mewarna


Haa..tengok! Amacam cantek tak hasil seni anak-anak saya. Ni baru sikit, tak tengok lagi lakaran gambar ikan, ketapi, bunga, palm print, kucing, bulat-bulat dan memacam lagi lah. Tak sanggup saya nak tayang. Takot korang kagum sangat hihihihi. Sebenarnya ada gambar tu, cume tak ingat ada kat mana. Tersangat la over kreatif anak-anak saya kan. Korang ada? Hahaha..

Sejak pindah Bangi nih, sekali je kami cat umah tu pon masa bebaru pindah. Cume hall bawah je penah cat 2 kali kalau tak silap. Oleh kerana dah tak larat dengan mural-mural ni, kami terpaksa la buat keputusan mengecat semula family hall kat tingkat atas. Ikotkan selama ni urusan cat mengecat cikpapa buat sendiri tapi yang area family hall ni macam susah sikit sebab tinggi sangat. Tak tercapai dek akal dan skil pon so-so je. Makanya serahkan pada yang pakar, upah orang la apa lagi. 

Dari bulan 3 kot dah plan tapi tu la memacam plak aktiviti wiken kan. Balik kampung la, papa keja la, kenduri lagi. Sudahnya sampai ke bulan puasa. Itu pon nasib baik tak balik kampung pasal keta gosak kalau tak tangguh lagi la gamaknya.


Taraaaa...dah siap pon. Tunjuk yang family hall atas tu je. Lenlain korang bayang le sendiri hihihihihi. Nampak tak tangga yang curam itu. Itulah tempat exercise saya tetiap hari. Eh..tetibe :-P

July 22, 2012

Kisah Mereka

Syukur alhamdulillah, selesai sudah sehari kita berpuasa yek kengkawan.

Kebetulannya semalam saya cuti, sememangnya kami di KCSB amik 1 Ramadhan, tak amik Nuzul Quran, maka boleh le buat pemantauan pada kekanak yang berpuasa. Macam tahun-tahun sudah, anak-anak saya tak terkecuali dari berpuasa. Kecuali Hadif ngan Piya lah kan. Hadif memang tetiap taon kami cuba ajar tapi sehingga Ramadhan  kali ni dia nampaknya masih belum bersedia dan paham. Tapi sempat jugak le sampai tengahari. Kendian tu dia dah start nangis, mumbling-munbling dan bakal mengundang permasalahan besar kalau di biarkan. Alya sendiri yang suruh saya izinkan abang dia makan, Biar je la ma, abang bukannya tahu pon. Dan ofkos mama izinkan sebab tak sanggup nak melayan tantrum dia, takot-takot hilang kesabaran di bulan puasa ini. Mujur jugak anak dara 2 orang tu, Alya dan Aisyah sangat memaklumi akan kekurangan abang mereka. Dua beradik ni memang kami dah latih puasa dari umor 5 tahun lagi, no excuse and no half-half day. Nampak cam ganas kan tapi dedulu mak saya ajar camtu dan saya yakin mereka boleh. Dan memang mereka berjaya ^_^

Berbuka puasa kami pon adalah sangat simple, takde bazar-bazar. Makanannya sama je macam apa yang kami makan hari-hari. Minom pon air suam je. Bestkan, sebab anak-anak saya memang paling senang bab-bab makanan ni, apa jua yang terhidang alhamdulillah licin semua. Walaupun mama masak tak sedap hihihi.

Tapi yang tersangat pelik anak saya ni puasa ke tak puasa ke tetap hyper aktip. Tah datang manalah tenaga dak dua orang tu. Suara tetap kuat. Pepagi dah jerit-jerit kelahi. Ke mama tersilap bagi makan time sahor. Memang menguji kesabaran tahap maksima.

Ni aksi mereka semalam, abaikan piya sebab dia memang kaki pengikot jek. Nampak tak betapa susah nak capture aksi mereka. Pergerakan pantas sangat dan kemere mama adalah selow sangat :P


July 19, 2012

Ramadhan Kareem


Ahlan Wa Sahlah Ya Ramadhan
Bersempena dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, saya mohon jutaan ampun dan maaf andai ada tulisan saya di sini yang mengguris hati kalian. Demi Allah, segalanya tidak ada yang tersirat, semuanya adalah hasil dari kewarasan dan ketidakwarasan saya. Mudah-mudahan ibadah yang bakal kita jalani di bulan yang mulia ini akan diberkati dan diterima Allah s.w.t.


Sumber: Islam itu Indah

Red Ink Day

Macam kena red card je rasanya. Hari ni punch kad tukau kale. sesekali kasik le wane wani kan. Asek itam je bosan kot. Tak meriah! Ahahahahahaha

Ofkos la pasai mai lambat. Akceli dah dua kali dah, satu lagi ari sabtu tu ari. Dah malas dah nak pikir pasal punch card ni sebab rasa macam tak de apa-apa implication pon kann..

Tapi memang arini saya macam kelam kabut sikit. Keta pepel papa masok bengkel. Jadi huru hara gak la nak memusing antau kekanak sekolah. Papa gi keja dengan kawan dia. Semalam ngan senin saya amik time-off balik awal pasal antau dan jemput  mak ngan abah kat epot. Derang pi kelantan, merisik bakal adik ipau. Alhamdulillah setel sudah. Insyaallah tahun depan kami datang bagi menyatukan mereka.

July 18, 2012

Demi Matahari

Subhanallah. Indahnya ciptaan-NYA

Ahad lepas, ada event kat sekolah Aisyah. Majlis Khatam Iqra anak-anak darjah satu. Ikotkan hati macam malas nak pegi, suruh papa dia je pi, sebab duk mikir umah dah macam hape dah. Dengan lantai melekit, habuk, baju sekolah nak gosok, kasut sekolah pon tak dibasuhnya oleh anak-anak. Huii banyaknye nak buat. Sabtukan mama keja, tu yang rasa menimbun le mende nak dibuat. Tapi sangat la tak sampai hati tak meraikan. Makanya tinggalkan je umah yang serabut tu. Aisyah beria suh mama datang pasal dia masuk nasyid jugak katanya. Oklah mama pegi. Tak pe le nanti keja umah tu boleh buat kendian, yang penting dia happy, duk atas pentas tu tengok mama lambai-lambai kat bawah. Lebo senyum! Nasyidnya 'Demi Matahari'. Best sangat! Tak caya ce dengar, saya tak sempat nak rakam yang Aisyah and the gang nyanyi sebab piya duk layan upin ipin kat tepon mama. Terpaksa, sebab dia dah mula nangis ajak balik. Tekanan tau mama.



July 17, 2012

Adventurous Dihatiku

Saya sebenarnya sangat suke aktiviti lasak dan mencabar. Masa sekolah-sekolah tiap kali nak join abah saya mesti tak bagi. Takut sangat kot anak dia jadik ganas. Tapi start saya form 6 baru dia bagi izin. Baru le terasa gumbire. Mungkin dah nampak ciri-ciri pompuan melayu terakhir kat anak sulung dia ni, itu yang baru cam berani lepaskan saya ikut aktiviti cani. Hihihihi perasan la sangat.

Kat ITM saya nyaris nak ikot expidisi Gunung Tahan, siap dah training sebulan lebih. Dah kenal mesra ngan semua senior yang bakal join. Tapi ketentuan Allah kan, DIA tak izinkan saya pergi pasal di ketika itu nenek saya meninggal dunia kat Mekah dan tarikh saya di jangka pegi tu adalah tarikh yang sama atok balik dari Mekah. Jadi adalah tidak patot kalau saya pegi di saat semua orang sedang bersedih. Setahun lepas tu baru saya join balik kelab kembara tu dan kami pi naik Gunung Datok, Nogori Sembilan sajo. Lenlain cuma aktiviti berkenu saje.

Kalau kt U plak, banyak jugak. Saya masok ko-k kembara, pastu kelab kembara pon join jugak. So memang memacam le aktiviti saya merasa buat. Lagipon time tu abah jauh so dia tak de le nak bising-bising. Jahat kann! Tapi kalau balik kampung siap le kena bebel pasal muka itam, berbelang, jerawat sume. Emm tadah je telinga. Kejap je pon kan. Dan memang lepas grad U langsung tak de kesempatan nak melasak-lasak camtu. Rindunyeee saya!

Tetibe saya terindu nak ulang balik aktiviti cenggini. Tapi tak mungkin kot pasal papa piya adalah sangat tidak meminati aktiviti gini. Maka sensorang je, memang le tak akan jalan kan. Tengok kengkawan ITM Di Hatiku yang masih aktif rasa cam jeles sesangat. Oii korang den nak join buleh ko? Pliss pliss...piya suh papa jago ahahaha...



Lokasi: Gunung Datok, 1996
Picture Credit to Naimah FB.
Gambat tetempat lain ade jugak cume malas nk scan hik hik.

July 14, 2012

Snek Ku


Why this snack look so special to me?
Yes! Because of Mi-Mi
Didn't get it?
Just ignore
^_^

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Buat Keja Gile

Cilok gambau dari Fb adik ipau :P

Aduhh..kecapekkan saya. Hahaha..

Inilah dia namanya carik penyakit. Tak de koje carik koje. Dan koje gile pulak tu. Semalam kan saya ber'dentingan' dengan sahabat baik saya, Yani. Kami sebenonya pi menyebok sekali kat member day sale Sogo. Memang tersangat happening tau. Pitam di buatnya. Sampai awal, tengok macam biasa-biasa je pengunjung. Jalan punya jalan sekelip mata je dah sosak. Uiii terpanjat boboi hahaha.


Saya takde le nak membeli apa sangat, samele ngan Yani tapi dah alang murahkan capai jugak le. Macam saya ofkos la beli baju kekanak tu. Sementara nunggu Yani Q bayau, mata melilau le tengok gelagat orang. Haii..memacam ragam. Kesian tengok baby yang menangis-nangis. Tak sesuai kot bawak anak sekecil tu tempat cenggini. Rasa saya usia baby tu baru 2-3 bulan. Ish ish ish..rimas saya tengok. Dan paling kurang menyenangkan majoriti pengunjung itu adalah orang melayu. Tengok la betapa kemaruknya. Eh! Bukan saya pon sama ke. Tapi tu lahh..hebatnya kuasa membeli melayu kann.

Saya sekejap je pon kat sana, pukul 12 tengahari dah cau. Duk lepak umah yani kat Prima Duta. Borak punya borak tak sedau dah pukul 4. Sesakali jumpa kann. Arini keja la pulak, rasa nak ponteng boleh tak? Hihihi

July 13, 2012

WordMore Friday | BFF

Sesuka hati lagi buat tajuk cenggini. Eleh! Sapa kesah pon. Suka saya lah, blog saya kan *peace*


Sebab arini nak jenjalan dengan one of the BFF (Best Fren Forever) maka kena le cite sikit pasal BFF. Poyo kan gambaq tu. Zaman keremajaan le konon. Adik-adik saya tu lah yang beria nak, jadi saya haruslah layankan, kakak kesayangan katakan. Rasa macam ter'sopan' dan ter'ayu' gile, memalam pi Aloq Staq, dress up macam nak pi kuliah, pi amik gambaq pastu naik menara Alor Staq sekali. Kecomelan terserlah, dierang lah saya tak hihihi. Gambaq ni kire cam prezen kat saya la kunun hiks. Masa ni saya dah final sem, sedangkan mereka masih ada lagi satu semester. Oh! pelikkan? Tak lah pelik sangat, sebabnya saya kan tua dari mereka walaupun masuk sesama. Cane tu? Hihihihi..ce pikir sendirik. 

Antara reramai tu hanya dua orang je yang saya dah terhilang hubungan (lost contact), Nana ngan MekZu (Barisan belakang kiri dan tengah) yang lain (Shidah, MekJa, CheRia, Salmi ngan Yani) still keep in touch cume tak berjumpa. Padahal ada je kat KL sume kecuali MekJa kat Kelate. Biasa le memasing dah de keluarga so susah sangat lah nak dating. Yang paling ter'akrab' adalah Yani, duduk barisan tengah kiri. Dia je yang saya agak selalu jumpa, calling-calling ngan watapp-watapp. Dia pon budak melaka gak, masjid tanah.

Memula kenal time orentasi, gile becok minah nih. Masa tu kan bebaru berjauhan ngan family, so semangat kenegerian tu kuat lagi. Nak kawan orang melaka jek. Tu yang terkenal dia. Sekali teros ngam sampai sekarang. Teman kongsi suka duka. Macam adik beradik, kebetulan berkongsi nama ayah yang sama. Dia dating saya temankan, saya dating dia temankan..ehhh tett~ Rahsia dia dalam poket saya, rahsia saya tak semua kot dalam poket dia hihihihi. 

Arini pon nak 'dating' ngan dialah nih. Sanggup apply coti nak pi jenjalan. Ok bai bai, nak sesiap :-)

July 12, 2012

Alarm Oh Alarm

Spoil, Spoiler, Spoilest!! Hahahaha

Pagi tadi ok-ok jek. Tetibe tadi nak klua jumpa cik ghimau boleh la pulak alarm keta tak berfungsi secara normal. Apakah? Tekan punya tekan takde tindak balas. Makanya tros lah dibukak secara manual dan terjerit alarm itu. Keh keh keh bergema basement. Dan secara cool saya tekan le button reset. Malangnya tak nak benti pulok. Haishhh berpeluh mak kejap. Apa lagi haruslah caling-caling super hero, arahan dia suruh cabut waya bateri. Eh! Sesuai ke? Tapi dah disuruhkan buat je le. Memang tak cool tau. Bukak bonet depan tu pon terkial-kial hik. Dengan baju kurung, heels lagi. Cheh! Hilang keayuan ai.

Ok setel cabut dan pasang balik. Best sangat sebab ia masih bunyi lagi. Aduhh apakah lagi. Time ni takde plak sesapa lalu ke turun ke basement ni. Hai memang tak de luck le. Cal lagi le supehero. Ok tunggu situ. Terpaksa la ciksuper hero datang menyelamatkan. Berani dia tak datang, merajok 2 ari kang hihihi. Nasib dia keja dekat MTDC Serdang tu je, kire sepuluh lima belas menet bleh sampai. Kalau jauh...huhu hadaplah sendirik. Dia gode-gode pon tak mau. Rupanya-rupanya button reset tu waya dia dah putuih lorr. Patot lahhh tekan tekan no respon! Chaittt! Tekanan sungguh. 

Last-last, mama bawak je la keta papa tu. Biar papa anto bengkel keta ni. Maka selamatlah sang isterikan hahaha. Dah lama kot tak pinjam keta dia. Sejak kejadian saya menyagat keta dia tu dia tak bagi dah saya pinjam. Memang sangat cool lah, baju pepel keta pon pepel. Suke!

Dah lama saya anto usul nak tuko myvi pepel tapi sampai la ni tak dilayan. Eh! Tetibe kikiki

Cakera padat

Haa..macam biasa tajuk memang merapu tak masok akal. Malas nak pikir sebenonye. Ikot apa je yang tetibe terlintas di pikiran.

Selamat murning korang. Kemaapan le lama tak buat cerita karut kat sini. Minggu ni agak tak keruan sikit time management saya. Wiken lepas saya busy layan tetamu. My brader in law datang dari tepen. Mak ngan abah saya pon datang. Makanya tetamu adalah diutamakan. Tak nyempat lah nak buat siaran otomatik eh..btol ke cani. Belasah!

Sume rutin kerjaan wiken tak sempat dibereskan. Terpaksalah buat ari-ari. Pola tiduran(wah kemain lagi) sudah berubah sama sekali. Sejak ada punch card kat opis ni saya rasa cam nebes-nebes plak nak 'ber'jaga malam. Paling awal 10 setengah dah selamat malammm hihihi. Tapi bangkit awal la pasal nak iron baju sebelum kekanak bangun. Takat arini memang excel la, tak de kerjaan umah yang tertunggak. Phew~

Ohh ye arini jugak ari kelahirannya abah saya yang ke 62 tahun.
Sekian.

July 11, 2012

Untuk Dia

~11072012~
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya adik bongsu kesayangan saya yang ke 25 taon
Ohh ko dah tuolah ayie :-)


Inilah DIA..ensem tak? Hahahahaha...
Sori, TOTALLY not available!!!

July 6, 2012

Without Word


Anything can happen without a word.
*Mal do opshi wa sor*

For example : Suddenly had stomach ache ^_^"
[Banyak sangat angin dalam badan...ouchhh komeng ngaaa!!]


Tahu Buat-Buat

Salam,
Sekejap je dah jumaat kan. Pantas sungguh waktu berjalan. Macam mimpi je hihihihi.

Rekod kedatangan..terbaek kann :-P


Dah ampat ari eh lima lah termasuk arini kami di KCSB blaja-blaja datang awal pasal dah kena clock in. Selama ni pon memang kami mai awal tapi tah angin mana datang, puan bos mintak pasang punch kad. Asalnya nak buat pemantauan untuk staff teknikal di site yang sedang terhenti sementara waktu tapi setakat arini sorang pon tak penah punch. Dan paling menggembirakan, puan tak tanya langsung pon kenapa mereka tak punch. Gembirakan *mata kat atas*. Jelous sungguh kami di opish nih. Jadi apakah motip sebenar puan bos?? Apakah??

Biarlah ia teros jadi tanda tanyakan.


Tetibe rasa kurus lah pasal jam kat tangan dah longgar. Tak sesia le saya coti makan siang 4 ari straight. Ahahahaha...ok abaikan!

July 5, 2012

MasterChef Selebriti | Dato' Fazley

Haaa...tengok tajuk je mesti korang dan boleh teka kan. Kalau yang dah biase terjah blog suam-suam kuku saya ni confirm dah boleh agak apa yang tersirat. Yezzaa..itu la dia. Semenjak dua menjak ni tetibe je saya 'ter'admire Dato' Fazley tau. Kagum sangat sebab dia sangat pandai masak. Wahhhh!!! Awesome kann. Ada je idea masak dia. Kalau saya lah teringin nak masuk master chep ni, confirm tak di-shortlisted-kan (sesuka je campo) langsung. Tapi saya harap sangat dia menang!

Tengok tak episod Ahad lepas tu, yang Dato' Siti datang tu. Seperais kan muka dia. Sesuatu sungguh. Maklum la dedulu kan penah ehem ehem. Hihihi kelakar sangat tengok gelagat derang berdua. Saya siap tampar-tampar papa piya. Benggang je dia. Huh! Over exsaited plak saya. Memang camtu kot pe'el memasing kalau dah lama tak jumpakan. Memalu nak cakap, tak tahu cane nak mula kan. Eceh tetibe plak saya boleh 'ter'berangan kalau saya 'ter'serempak ngan x-bf ke kan...hahahaha. Tetibe!!! Apa relevan nya ngan cite Dato' Fazley nih. Itu la relevan nya kegkawan, lidah kelu untuk berkata-kata. Ok tu je. Sekian!


Picture Credit: Incikgugel

Tiffany Blue

Aritu masa balik Alor Gajah, kenduri dak Ameen jumpalah kazen saya, Hasnor. Tak lama lagi nak kawen. Insyaallah taon depan bulan 2. Saya ada cerita pasal dia tunang dulu, peachy day. Pada yang penah terbaca lah. Malas plak nak link-kan entry tu hihihi. Kawen zaman ni siap ade tema-tema kale kan. Dedulu tu belasah je wana wani sume. Tak de nak mecing-mecing. Saya pon suke je memeriahkan. Layankan je. Tanya la Hasnor tema dia. Sekali dia bagitau, plan nak 'tiffany blue' lah. Erkkk kale apa tu. Blur kak iza ko ni kejap. Alah kak, macam turquoise la sesikit. Ye ke? Oww ok tak pe, jap akak gugel. Ada kemudahan di hujung jari katakan. Sekali kazen saya yang sorang lagi, Aleen, kakak pada ibu Ameen, menyampok : Kak iza ni sama macam Dik N (ibu Ameen) tau. Sesikit gugel sesikit gugel. Anak sedu gugel, anak kembong gugel, memacam lagi lah. Dah macam help-desk 24/7 tau. Hihihi..betol la tu. Incik gugel kan mesra, tau sume. Lagipon dah ada kemudahan kann kena lah fully utilise hiksss...

Dah gugel-gugel jumpe le. Cani le ghupenya..Cheh! nama kemain kann.


Wahhh...cantek-cantek. Tapi susah gak nak carik ni kak (saya memang panggil dia kakak walaupun dia muda sangattt). Itulah, wedding planner pon kata gitu. Wahhh! Ada planer bagai. Seronokkann! Ishh..tapi mana le kak iza ko nak caik baju kale ni??? Ce kabo ce kabo :-)

July 2, 2012

Hati Yang Bersinar

Sukses!!
Kalau petang semalam keciwe tak dapat jumpa FA tapi pagi ni (ye pagi okeh) hati kembali bersinar dan bercahaya.
Tak rugi ai 'ber'jaga sampai pagi ni. Well done espana! Te amo la furia roja!
Wahh tetibe berangan spanish. Hehehe
Ok, jom sahur! Eh! :)

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

July 1, 2012

Hati yang kecewa

@fahrinahmad: Di Pelancaran Majalah Fareeda & Butik Fareeda Bangi.. erm.. Err... Hehehe...... http://lockerz.com/s/221413917


[Credit to FA tweet]

Sangat frust tau ai tsk tsk tsk
Dah dekat bebenau dah tapi cikpapa kejalah pulak maka anak-anak tak de sapa nak jaga lorrr. Beria dah janji nak gi ngan Alya. Dia pon asek menanya je. Jadi keciwe kuase dua lah. Sentap la ai ngan cikpapa, janji nak balik awal. Hetchu! Hahahaha
Memang Allah tak izin lah nak jumpa dia. Dah dua kali cani. Sabar je laaa ^_^

Oh My English "Look up"



LOL (laughing out loudly)
Best! Thump up!

Motive: There is so many time I OVER "look up" for the answer which is actually nothing at all!
WTF (What The Funny)!!! lol lol lol


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile