Saya sebenarnya sangat suke aktiviti lasak dan mencabar. Masa sekolah-sekolah tiap kali nak join abah saya mesti tak bagi. Takut sangat kot anak dia jadik ganas. Tapi start saya form 6 baru dia bagi izin. Baru le terasa gumbire. Mungkin dah nampak ciri-ciri pompuan melayu terakhir kat anak sulung dia ni, itu yang baru cam berani lepaskan saya ikut aktiviti cani. Hihihihi perasan la sangat.

Kat ITM saya nyaris nak ikot expidisi Gunung Tahan, siap dah training sebulan lebih. Dah kenal mesra ngan semua senior yang bakal join. Tapi ketentuan Allah kan, DIA tak izinkan saya pergi pasal di ketika itu nenek saya meninggal dunia kat Mekah dan tarikh saya di jangka pegi tu adalah tarikh yang sama atok balik dari Mekah. Jadi adalah tidak patot kalau saya pegi di saat semua orang sedang bersedih. Setahun lepas tu baru saya join balik kelab kembara tu dan kami pi naik Gunung Datok, Nogori Sembilan sajo. Lenlain cuma aktiviti berkenu saje.

Kalau kt U plak, banyak jugak. Saya masok ko-k kembara, pastu kelab kembara pon join jugak. So memang memacam le aktiviti saya merasa buat. Lagipon time tu abah jauh so dia tak de le nak bising-bising. Jahat kann! Tapi kalau balik kampung siap le kena bebel pasal muka itam, berbelang, jerawat sume. Emm tadah je telinga. Kejap je pon kan. Dan memang lepas grad U langsung tak de kesempatan nak melasak-lasak camtu. Rindunyeee saya!

Tetibe saya terindu nak ulang balik aktiviti cenggini. Tapi tak mungkin kot pasal papa piya adalah sangat tidak meminati aktiviti gini. Maka sensorang je, memang le tak akan jalan kan. Tengok kengkawan ITM Di Hatiku yang masih aktif rasa cam jeles sesangat. Oii korang den nak join buleh ko? Pliss pliss...piya suh papa jago ahahaha...



Lokasi: Gunung Datok, 1996
Picture Credit to Naimah FB.
Gambat tetempat lain ade jugak cume malas nk scan hik hik.