About

Sunday, July 22, 2012

Kisah Mereka

Syukur alhamdulillah, selesai sudah sehari kita berpuasa yek kengkawan.

Kebetulannya semalam saya cuti, sememangnya kami di KCSB amik 1 Ramadhan, tak amik Nuzul Quran, maka boleh le buat pemantauan pada kekanak yang berpuasa. Macam tahun-tahun sudah, anak-anak saya tak terkecuali dari berpuasa. Kecuali Hadif ngan Piya lah kan. Hadif memang tetiap taon kami cuba ajar tapi sehingga Ramadhan  kali ni dia nampaknya masih belum bersedia dan paham. Tapi sempat jugak le sampai tengahari. Kendian tu dia dah start nangis, mumbling-munbling dan bakal mengundang permasalahan besar kalau di biarkan. Alya sendiri yang suruh saya izinkan abang dia makan, Biar je la ma, abang bukannya tahu pon. Dan ofkos mama izinkan sebab tak sanggup nak melayan tantrum dia, takot-takot hilang kesabaran di bulan puasa ini. Mujur jugak anak dara 2 orang tu, Alya dan Aisyah sangat memaklumi akan kekurangan abang mereka. Dua beradik ni memang kami dah latih puasa dari umor 5 tahun lagi, no excuse and no half-half day. Nampak cam ganas kan tapi dedulu mak saya ajar camtu dan saya yakin mereka boleh. Dan memang mereka berjaya ^_^

Berbuka puasa kami pon adalah sangat simple, takde bazar-bazar. Makanannya sama je macam apa yang kami makan hari-hari. Minom pon air suam je. Bestkan, sebab anak-anak saya memang paling senang bab-bab makanan ni, apa jua yang terhidang alhamdulillah licin semua. Walaupun mama masak tak sedap hihihi.

Tapi yang tersangat pelik anak saya ni puasa ke tak puasa ke tetap hyper aktip. Tah datang manalah tenaga dak dua orang tu. Suara tetap kuat. Pepagi dah jerit-jerit kelahi. Ke mama tersilap bagi makan time sahor. Memang menguji kesabaran tahap maksima.

Ni aksi mereka semalam, abaikan piya sebab dia memang kaki pengikot jek. Nampak tak betapa susah nak capture aksi mereka. Pergerakan pantas sangat dan kemere mama adalah selow sangat :P


6 comments:

  1. Centado10:16 AM

    congrat kat mereka

    ReplyDelete
  2. wah nampak happy betul diorg tu..:)

    selamat berpuasa dak-ieza..:)

    ReplyDelete
  3. dak-eiza6:40 AM

    @Centado
    tq sir
    mama dia?
    hihihi

    ReplyDelete
  4. dak-eiza6:40 AM

    @izz iizza
    Dengan mereka memang happy sokmo
    Slmt berpuasa utk iza jugak
    :)

    ReplyDelete
  5. anak2 penghibur lara....hehehe...teringt masa anak2 k.ani kecik2 pulak..... miss those times!

    ReplyDelete
  6. dak-eiza9:10 AM

    @Ibuhani
    Betollah kan
    Penawar duka
    Ye kita sama, ada 3 anak dara :)

    ReplyDelete