Allah S.W.T berfirman;
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar" - Surah Al-Baqarah:153

Hidup ini sememangnya dipenuhi ujiankan. Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Di sinilah warna kehidupan. Dan kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-NYA. Ujian itu bukanlah sia-sia. Itulah janji ALLAH. InnAllaha Ma'as'sabireen (Sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar) 


Inilah namanya sabar kan. Kesabaran yang menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya. Saya terfikir dan merenung diri sendiri, ditahap manakah agaknya kesabaran saya selama ini?

Picture credit: Ustaz Azhar Idrus (UAI Fb)