Aikk tetibe!
Kesahnya kan, sejak seminggu lepas saya sering la mengalami sakit kepala setiap pagi
Di ikuti dengan rasa loya dan mual, n am not pregnant :-)
Dan saya hanya telan pain killer a.k.a panadol je
Tapi semalam lepas anta Hadif, terasa sangat la berdenyut-denyut kepalanya
Sampaikan nak kelip mata pon terasa macam uratnya tertarik
Singgah klinik, isik form panel lebih kurang dan tunggu
Nasib tak lama, 1st thing doktor cek blood pressure
Alhamdulillah normal je 120/70
Dia tanya gitu gini, saya pon explain segala macam sakit nye
Result : It is effect from your sinus which is saya dah saspek dah pon
Tapi tu lah, saya ni degil dan selalu buat endah tak endah makan ubat dan spray hidung
Bila sakit sendiri jugak lah yang susah
Dah kalau kita sendiri yang tak menjaga diri sendiri, sapa lagi kan
Kengkawan sekalian, take care yek!

* Nota kaki
Sahabat saya sedang menderita dan bertarung nyawa melawan kanser dia.
Keadaan dia adalah sangat tidak stabil. Kini dia dah dipindahkan ke Wad Paliatif

Tolong kengkawan sesama doakan dia yek.
"Ya Allah ya tuhan kami. Segala puji pujian untuk mu ya allah. Permudahkan la segala urusan Dianda Dibora Wan dunia dan akhirat. Ampunilah segala dosa nya. Yang baik dari engkau ya Allah dan yang buruk dari kami hambamu. Amin"

*********************************************************************
*edited 20.03.2013 [8.22 AM]
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari kami sahabat-sahabatmu.

Al Fatihah buat pemergian sahabat saya Dora.
Semoga Allah ampunkan dosa beliau, meninggikan darjat
dan menempatkn beliau di kalangan mereka yang dikasihiNYA.
Amin ya rabbal ngalamin.

*Tidurlah, semoga mimpimu indah. Seindah sinaran mata bila kau tertawa.
Tidurlah, semoga mimpimu manis. Semanis senyummu sayang.
Ku simpan wajahmu di dalam hati.
:'((