Bulan Jun dah pon berlalu, maknanya dah setengah taon 2013 kita harungi. Dah tercapai ke apa yang diazamkan awal taon dulu? Saya? Ntah laaaaa, sukar segalanya sukar. Insyaallah akan terus berjuang dan berjuang dan berjuang. Welkem dear Julai and please wake up dear Mimi. Banyak nau dah backlog awak *sigh*

Korang suke tak tulis diari, suke tak? Very old skul ek! Tapi saya suke. Di zaman kecanggihan gadget ni saya tetap pilih untuk menulis. Sebab? Saya suka lah..poyo! Terasa ada sentimental value kan. Seingatnya saya start blaja tulis diari, form 2. Sekotak dulu diari saya. Selalu kena curik baca oleh adik saya. Jadik bahan ejekan. Ala dia jeles benaunya, dia tak de diari. Tapi saya dah buang dah semua bile saya kawen. Sayang kan. Dan sejak kawen jugak saya stop tulis secara konsisten. Saya hanya tulis sikit-sikit, yang penting-penting je. Selalunya, saya selit-selit kan kat organizer. Memang habit saya menconteng, apa je, no fon la, alamat, reminder, event, quotes, memacam la. Taim sentap cakar-cakar pon ada kakaka. Kot tetibe contengan tu diperlukan selak-selak la balik, confirm jumpe! Ni pon dah penuh dah drawer, ada 7-8 organizer.

Baru 2-3 ari tak tulis blog, dah terasa kosong, takdak idea. Mood ke laut! Tu pasal la klua cite ntah hape-hape. Nak update cite wiken, gamba sume dalam note, my asben guna. Nanti la yek (^_^)